Follower

Saturday, 24 September 2011

Bini-Biniku Gangster....Suami Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...:)

Assalamualaikum & selamat pagi....:)


Kali ni Cik nK nak kongsi cket Filem yg baru 
jer Cik nK tonton kol 9.50 mlm tadi...
Bini-Biniku Gangster...hahahaha....
best, kelakar taw...
terhibur la tgk cite tu...
Antara pelakon yang menjayakan Filem Bini-Biniku Gangster ialah Shaheizy Sam (Herry), Yana Samsudin (Manja), Intan Ladyana (Reanna), Zalif Sidek (Mat Saja), Zul Handyblack (Muza) dan ramai lagi...



Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster
Mengisahkan pasangan suami isteri, Manja dan Herry yang saling sayang menyayangi. Di mata Herry, Manja adalah seorang isteri yang baik. Manja pula, sedaya upaya menyembunyikan statusnya sebagai ketua kumpulan gangster. Di pejabat, Herry kerap dibuli oleh rakan sepejabatnya, Mat Saja. Setiap kali Herry dibuli, Mat Saja akan mendapat balasan apabila pengikut-pengikut Manja, memukulnya. Walaupun telah berkahwin 2 tahun, tetapi mereka berdua masih belum mempunyai anak kerana Manja tidak boleh mengandung akibat kecederaan masa silam. Menyedari perkara ini, Manja cuba mencarikan isteri untuk suaminya. Lagipun, Manja tidak mahu Herry mengetahui dia adalah ketua kumpulan gangster dan dia semakin sibuk menjaga kawasan yang sering diganggu oleh musuhnya, Min Siam.

Pada satu hari, Herry mendapat seorang pembantu dipejabatnya, iaitu Reanna. Hubungan Herry dan Reanna yang agak intim menyebabkan Manja mengambil keputusan untuk melamar Reanna sebagai isteri kedua Herry. Pada mulanya, hubungan Reanna dan Manja agak baik. Namun pergaduhan mula terjadi apabila Manja mendapat tahu Reanna adalah seorang gangster, dan adik kepada Min Siam, musuhnya. Tiba-tiba, Herry menghilangkan diri. Dimanakah Herry? Benarkah Herry mempunyai 2 isteri atau 3 isteri? Adakah semua ini dirancang oleh pihak tertentu? Siapa sebenarnya Herry???

Jawapannya ada di Pawagam berhampiran anda....


Biasanyer malam Sabtu cam ni Cik nK & Mr Teddy 
akan g tengok wayang...maklum la esok x keja...
tp Cik nK keja...tp start lambat...kol 10...
so, leh la g tengok wayang....


tadaaa....ni tiket wayang ktorg...

Pada sapa2 yg lom g tengok cite ni 
leh la gi tengok ujung minggu ni...
cepat2 booking...
bg yg area KL ni book online jela...
hall sentiasa penuh kalo ujung minggu
x pasal2 akan duduk depan sekali 
sambil mendongak...
patah tengkok plak balik umah...
To Mr Teddy...TQ very much coz sponsor tiket...
Ok....dah pagi dah ni...
Cik nK ngantok plak...
esok nak g keja lagi...
Gud nitezzzzz.....

Adios ~ Cik nK

Wednesday, 14 September 2011

Pantun @ Seloka Hari Merdeka

Assalamualaikum & Selamat Malam...

Hari ni 14 September 2011...2 hari lagi nak sambut hari Malaysia 
merangkap Hari Kemerdekaan 2011 yg akan diadakan di Dataran Merdeka....
Maklumlah hari merdeka tahun ni jatuh pada 2nd raya kan....
So, sambutan hari kemerdekaan ditunda pada 16 september 2011 
sekaligus sambutan Hari Malaysia 2011...
Sempena hari merdeka tahun ni Cik nK titipkan beberapa rangkap 
pantun @ seloka untuk renungan kita bersama...hayatilah....:)

Lembyung Senja Di Ufuk Barat,
Burung merpati Balik Ke Sarang,
Sambutan Merdeka Ke Lima Puluh Empat,
Transformasi Rakyat Negara Gemilang.

Harum Sungguh Si Bunga Cina,
Harum Lagi Si Limau Kasturi,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera,
Negara Berdaulat Ibu Pertiwi.

Terbang Rendah Sekawan Burung,
Tandanya Padah Kaki Melecur,
Tamadun Sejarah Di Bukit Kepong,
Tumpahnya Darah Semasa Bertempur.

Bunga Siantan & Juga Halia,
Digaul Bersama Di Dalam Belanga,
Jenama Proton Jenama Malaysia,
Buatan Malaysia Kebanggaan Negara.

Mayang Halia Diperah Santan,
Telur Disiang Untuk Dimakan,
Sayang Malaysia Kita Berkorban,
Jalur Gemilang Kita Kibarkan.

Gelang Suasa Untuk Meminang,
Rusa Di Kandang Menangis X makan,
Gemilang Negara Kerana Pejuang,
Jasa Dikenang Sepanjang Zaman.

Tanam Durian Tersergam Indah,
Buah Bidara & Daun Halia,
16 September Penuh Sejarah,
Penyatuan Negara Satu Malaysia.

bunga Cempaka Di Dalam Raga,
Raga Dibuat Si Anak Dara,
Putar Belit Sejarah Negara,
Ancaman Terbesar Musuh Negara.

Sedap Sungguh Si Pengat Labu,
Dimasak Bersama Si Kuah Laksa,
Buta Sejarah Macam Mat Sabu,
Jual Malaysia X Kenang Jasa.

Zaman Penjajah Zaman Terseksa,
Zaman Komunis Zaman Berduka,
Bukit Kepong Tragedi Durjana,
Polis Bertugas Penuh Derita,
Komunis Memang Bermaharajalela,
Tanggal Keramat Tanggal Merdeka,
Bapa Merdeka Pencetus Suasana,
Harmoni Negara Biarpun Seketika,
Rusuhan Kaum Memang Celaka,
Bangsa Bermusuh Bertimpa Bala,
Tun Razak Tampil Pembuka Jendela,
Kaum Bersatu Itulah Hendaknya,
Era Moden Negara Berjaya,
Terus Berjaya Di Mata Dunia,
Kita Rakyat Janganlah Derhaka,
Negara Berdaulat Aman sentiasa,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera,
Kali Ke 54 Negara Merdeka,
Alhamdulillah Panjatkan Doa,
Agar Malaysia Terhindar Bencana....

Amin....Ya Rabbil Alamin.....

Okla....ni jela yg sempat Cik nK titipkan sempena
Hari Kemerdekaan 2011...
Semoga Hari Kemerdekaan yg Ke 54 tahun ni
memberi iktibar kepada kita 
betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia ini....
Banggalah jadi anak Malaysia...
Janganlah kita tanya apa jasa negara kepada kita...
Tanyalah pada diri kita apa  jasa kita kepada negara kita...
Renung-renungkan lah...


Jalur Gemilangku Sayang


With My Jalur Gemilang   

      
With My Frenzzz    

Gambar-gambar di atas di ambik masa sambutan
Hari Kemerdekaan 2010..
Masa tu bulan puasa taw....pagi2 sebelum sahur kite dah gerak 
g opis n naik bas g Stadium Bukit Jalil...
Maklumla bulan puasa...sambutan hari merdeka dibuat kat tempat tertutup...  
Tahun ni Cik nK x terlibat pon....
Ape sekalipon...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia Kali Ke 54 Tahun...
   I Love Malaysia & Mr Teddy So Much...

Adios ~ Cik nK

Friday, 9 September 2011

Seloka @ Pantun Hari Raya yg Mulia

Assalamualaikum & Selamat malam....

Sedar x sedar hari ni dah masuk hari raya yg ke 10....
10 syawal 1432H
macam mane raya korang semua?
Mesti best kan....tp raya Cik nK tahun ni memang x best langsung...
ape x nya....1st day raya kena chiken pox plak....
hahaha...xpasal2 raya kena dok umah jer...
sampai ari ni masih dok umah & still mc....
Ni pon tengah layan Telemovie Santau @ TV3...
xpola....walaupon Cik nK kena demam...Raya tetap raya kan....
So, ni sedikit seloka @ pantun yg berlaku pada diri Cik nK sepanjang ujung Ramadhan & awl Syawal ni...:)

Berpuasa penuh di bulan Ramadhan,
Sembahyang terawih jgn lah tinggal,
Beraya sakan Bersama teman,
Sebulan beraya di bulan syawal.


Telemovie raya di tv tiga,
Memang x sah kalo xde cita hantu,
Baru nak puasa dah start on lagu raya,
Dengar berulang2 x naik jemu.


Menahan puasa terketar-ketar,
Masuk time berbuka lega sekali,
Makan nasi kepala berputar,
Esok g klinik suspect denggi.


Kepala pening berputar-putar,
Telan panadol tenangnya diri,
Kad raya memang xkan dihantar,
Kiriman SMS,MMS serta BBM trend terkini.


Malam 7 lekor 3 hari lagi nak raya,
Bersiap sedia nak pasang pelita,
Nak wat kuih raya xde menunya,
Klik & Google My Resepi ade la jawabnya.

Berbaju kebaya si anak dara,
Pergi beraya bersama pak teruna,
Cik nK anggun nak pergi beraya,
Rupanya chiken pox nak raya bersama.

1st raya mestila public holiday,
2nd raya 31 Ogos plak hari merdeka,
Nak g klinik sumanya close day,
Last2 g unit kecemasan PPUM gamaknya.


Malam raya malam yg indah,
Berdentum-dentum bunyinya mercun,
Hatiku runsing sgtlah gundah,
Mengenangkan diriku dah x cun-melecun.


Suatu hari di hari raya,
Nyanyian M nasir yg xkan dilupa,
Ketupat rendang lemang & popia,
Makanan wajib raya yg sempurna,
Baju kurung & teluk belanga,
Pakaian Trdisi masyarakat Malaysia,
Ziarah saudara yg jauh dimata,
Amalan berzaman amalkan sentiasa,
Langsir baru bertukar semuanya,
Ini amalan xperlu pon xpa,
Jauhkan membazir dihari mulia,
Sedekahlah pada yg tiada,
Bermaaf-maafan sesama kita,
Hari ini hari raya,
Maaf & salah Cik nK pinta.....

Ni la ketupat yg Cik nK anyam sendiri taw...:)

Ok la..dah kol 12 mlm dah ni...
rasa ngantok la plak...
baru jer abes telemovie santau @ TV3 ni...
okla...nitezzzzzzzz
wat Mr Teddy.....love u so much!!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dari Cik nK & Mr Teddy
Maaf Zahir & Batin
0 - 0 ok??
Nitezzzzzzzzz....

Adios ~~~ Cik nK