Follower

Saturday 17 May 2014

Cameron Highland With Loooveee!!!

Assalamualaikum....
Wahhhh!!! Lama sungguh dah nK x update blog sejak nk bertunang hari tu...tahun 2011...hihi...lama dah kan..nK dah kawen dah pon, dah ade anaksorang n ni nak masuk second baby...InsyaAllah awal bln Ogos nanti...Doakan yerrrr!!

                                                Ni la keluarga kecil nK...comey kan damia...

Ni nak kongsi sikit pasal Cameron Highland. Minggu lepas nK g berdua ngan en husband...x bwk Damia pon ( anak 1s nK)..hihi...kira dating la ni.Tadaa...


                                                              Selfie husband & wife....:)

Gambar kat atas tu diambil kat ladang teh bharat...femes jugak la...ramai org tau...ktorang selfie kat tgh2 ladang teh...siap bwk monopod lagi...memang terbaik la..hehehe..gambar yang second tu diambil kat bee farm & lavender farm yg terletak dibrinchang.

                     Tu diaaaa....en husband selfie sorang2 ditgh2 ladang teh..hahaha....semangat gituuu...

                             Ni nK pon nk berselfie jugak....x mo kalah dgn en husband...huhuhu...

Ni plak ktorg ambik gmbr kat ladang teh bharat gak..tp ladang yg kecik cket dr yg kat atas tu...bharat teh ade 2 ladang tau.yg paling best pegi kat pasa malam kat Berinchang....just ade jumaat sabtu n ahad je rasanya...start kol 4 ptg smpai la tgh mlm.better pg awl utk mengelakkan kesesakkan.jgn x tau...kat cameron highland ni lg teruk jam..kalah jam kl.hahaha...yela kan jln kecik n bukit2.byk plak keta memang jam la.mcm nK hr tu g seawal mungkin...kol 4 ptg dh pusing2 pasa mlm tu.parking pon senang sebab org blm ramai lg.murah2 brg2 yg dijual kat sini.

 Ni la die bantal2 setobery n patung2 yg dijual kat pasa malam ni....murah2 belaka...tmpt lain blm tentu semuarah ni...around rm10-rm15 jer.murah kan???

Ni plak buah setoberi yg dijual kat pasa mlm tu..murah taw...satu kemestian jika g cameron highland...hihihi

Tu dieeee...setoberi celooop coklettt....sedap wpon nK bukan penggemar setoberi...byk dijual kat pasa mlm...tmpt lain di cameron highland pon ade jual benda alah ni...

Benda alah ni pon ada dijual lat pasa mlm...udang,sotong n ketam goreng tepung!!!marbeloussss....nK suka sgt...nK penggemar tegae seafood kan...hihi...haraga nya dlm rm5-rm10 je.x mahal pon...memang berbaloi sgt2.kalo kat kl mane nk cari benda cam ji kan...murah plak tu...

 Tadaaaa....ni nK mkn kat hotel...sebelom dan selepas....sedapppp oooo...tinggal kulit je...en husband x gemar sgt benda ni..so nK melantak sorang2 la...

                             Key chain n friged magnet yg di jual....mesti beli utk kenangan..huhuhu

                                             Freshhhh flowerss!!!! Ade la nK Beli cket...hihihi

          nK possing kat strawberry farm...sempat jugak wpon xde kesempatan nk petik setobery tu...huhuhu

       Cactus in da house...byk taw..tp nK x beli..x pandai jaga...jap je dh x bernyawa cactus ni kalo nK                bela..hihihi...
 Ni part besttt punyaa...mkn scone n teh tarik di tanah tinggi ladang teh sambil mengadap ladang teh yang luas.ni kat Bharat Tea Farm...hihi.scone ni mahal cket...ade tertulis kat gmbr tu...teh tarik pon mahal dlm rm4.90 rasanya...tp xpela...nk merasa kan...kat kl lain rasanya...:p

                                     Sempat lagi selfie kat kedai cenderahati bharat tea ni...hihihi

Oklahhhh...ni jer nK nak kongsi kali ni...ada masa n ada rezeki ktorg datang lagi kat sini. Tak cukup 2 hari 1 mlm nk jelajah cameron highland ni...byk lg tempat ktorg x pegi lg....xpela...kekangan masa. Next time pegi ktorg bawak damia n adiknya...InsyaAllah...:)

Bubuy...bak kata damia.....:P





Thursday 6 October 2011

Bahayanyer Bekas Plastik..!!!


Kali ni Cik nK nak shared cket info pasal bekas plastik ni...takut plak terpakai bekas yg x betol plak kan....

Kerana sayang membuang botol atau bekas plastik yang telah digunakan, yang mana keadaannya masih baik, orang ramai terdedah kepada risiko bahaya bahan plastik tersebut. Ramai yang menggunakan botol atau bekas plastik yang sama berulang-ulang kali.
Ramai yang masih kurang mengetahui kandungan bahan botol plastik, seperti botol air mineral atau bekas plastik yang lain termasuk bekas makanan, penutup bekas makanan serta botol susu bayi dan anak-anak kecil.
Sebelum menggunakan semula botol/bekas plastik, orang ramai hendaklah mengetahui bahan asas sesuatu bekas plastik tersebut. Caranya adalah dengan melihat simbol atau kod yang biasanya tertera di bawah produk plastik berkenaan. Kod dan simbol ini sangat penting untuk diketahui kerana ia berkaitan dengan jenis bahan serta cara pemakaiannya.
Kod-kod yang menandakan bahan pembuatan plastik tersebut dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1998 di Amerika Syarikat dan digunakan oleh badan-badan lain seperti ISO (International Standard Organization). Secara umumnya, sistem pengkodan plastik tersebut terletak di bahagian bawah botol atau bekas plastik yang berbentuk segi tiga di mana di dalamnya terkandung angka yang menunjukkan sistem kod plastik bagi botol atau bekas tersebut serta nama jenis plastik di bawah logo segi tiga tersebut.
7 Sistem Kod Plastik
1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa digunakan untuk botol plastik yang jernih/transparent/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Botol-botol dengan kod 1 dan kod 2 disyorkan hanya untuk sekali guna sahaja. Di bawah botol, angka 1 di paparkan di tengah-tengahnya segi tiga serta tulisan PETE atau PET (polyethylene terephthalate) di bawahnya. Plastik jenis ini jangan digunakan untuk mengisi air panas kerana ia akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan bahan karsinogenik yang menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang. Buang botol yang sudah lama atau terlihat calar-calar walaupun belum dibuka.
Oleh itu, botol plastik air mineral sebaik-baiknya jangan digunakan berulang-ulang kerana botol kod 1 cuma layak digunakan 1x sahaja.
2. HDPE (high density polyethylene) biasa digunakan untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, bekas galon air minum, kerusi lipat, dan lain-lain. Di bawah botol tertera angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara bekas plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang terkandung di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Walau bagaimanapun, seperti PET, HDPE juga disyorkan HANYA UNTUK SEKALI GUNA kerana pelepasan reaksi antimoni trioksida terus meningkat mengikut masa.
3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah jenis plastik yang dibuat plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol minuman lain. Di bawah botol ini terpapar segi tiga (terkadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V di bawah segi tiga tersebut. V itu berarti PVC (polyvinyl chloride).
PVC ini berbahaya untuk kesihatan kerana PVC yang mudah bocor ini mengandung DEHA yang dapat bertindak balas dengan makanan yang bersentuhan langsung dengannya, terutamanya makanan berminyak yang masih panas, kerana DEHA mudah larut pada 15 darjah Celsius. Tindak balas antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan penurunan berat badan.
Jika boleh, hindari penggunaan plastik jenis ini sebaliknya gunakan alternatif pembungkus makanan lain seperti plastik yang diperbuat daripada polietilena atau bahan semula jadi lain, misalnya daun pisang, dll.
4. LDPE (low density polyethylene) biasa digunakan sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembik. DPE (low density polyethylene) iaitu plastik coklat (thermoplastic/dibuat daripada minyak bumi). Di bawah barangan plastik in tertera kod 4 di tengah-tengahnya dan tulisan LDPE di bawah segi tiga logo tersebut.
Sifat plastik LDPE adalah kuat, agak tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berlemak. Pada suhu di bawah 60 darjah Celsius, ia sangat tahan terhadap tindak balas kimia, daya tahannya terhadap wap air adalah baik, tetapi kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen. Plastik jenis ini sukar dihancurkan tapi dapat dikitar semula dan baik untuk digunakan sebagai bekas makanan kerana ia sukar bertindak balas secara kimia dengan makanan di dalamnya.
5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama yang berhubung dengan makanan dan minuman, seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan yang terpenting botol susu untuk bayi.
Bahan plastik ini biasanya terdiri daripada botol transparent/tembus cahaya yang tidak jernih atau legap. Bila membeli barang berbahan plastik cari bekas plastik yang berkod 5 di tengah-tengahnya serta tulisan PP di bawah segi tiga logo kerana ia dianggap plastik yang selamat digunakan.
6. PS (polystyrene) biasa digunakan sebagai bahan bagi bekas makanan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dll. Di bawah bekas plastik tertera kod 6 di tengah-tengah dan tulisan PS di bawah segi tiga logo. PS (polystyrene) ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, seorang Jerman, secara tidak sengaja.
Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain bekas makanan, styrene juga terdapat pada asap rokok, asap kenderaan dan bahan binaan bangunan. Bahan Polystyrene boleh membocorkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan.
Bahan styrene ini perlu dihindari kerana ia berbahaya untuk kesihatan otak dan sistem saraf, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah kesuburan dan pertumbuhan, serta bahan ini sukar dikitar semula secara jadi. Kalau boleh pun, ia memerlukan masa yang panjang dan lama untuk proses kitar semula. Kalau dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga, dan meninggalkan jelaga.
Banyak negara maju sudah melarang penggunaan bekas makanan diperbuat daripada styrofoam yang berbahaya ini.
7. Other (biasanya polycarbonate) terdapat pada bekas makanan dan minuman, seperti botol minum para olahraga, bahan plastik peralatan kenderaan, peralatan rumah, komputer, alat-alat elektronik, dan plastik lain. Plastik jenis ini juga terdapat pada botol susu bayi dan botol minum polikarbonat. Di bawah bekas plastik ini tertera kod 7 di tengah-tengah dan tulisan Other di bawah segi tiga logonya.
Untuk plastik 7 Other ini ada 4 jenis, iaitu PC – polycarbonate, SAN – styrene acrylonitrile, ABS – acrylonitrile butadiene styrene, dan Nylon.
Penggunaan Polycarbonate ini perlu dihindari kerana ia boleh mengeluarkan Bisphenol-A, iaitu bahan utamanya, ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom, penurunan pengeluaran sperma, dan mengubah fungsi imuniti badan. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam bekas makanan ataupun minuman, kerana kedua-dua bahan ini memiliki ketahanan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan dan tahap kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya SAN digunakan untuk membuat mangkuk mixer, pembungkus termos dan botol susu yang mengalami proses pemanasan, yang kononnya melakukan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.
Seacara amnya, botol atau bekas pelastik berkod 4 dan 5 adalah selamat digunakan. Walau bagaimanapun bekas plastik berkod 7 juga dianggap selamat digunakan untuk bekas makanan.

Oklah....kesimpulannya disini berpada2 la untuk membeli bekas plastik terutamanya bekas plastik untuk letak makanan & minuman...sekarang ni cik nK pakai bekas utk isi air masak ke opis grade 7 taw ataupon yg berkod PC..Cik nK ambik brand Bros  jer...nak taw x yg bekas plastik brand tupperware tu berkod ape? No.5 or berkod PP taw...patut pon mahal kan....hehehehe...memang terjamin sepanjang hayat...

Ok...pas nie nak borong la bekas plastik Tupperware...heheheh...Kredit kpd sitik....TQVM.

Adios ~ Cik nK

Sunday 2 October 2011

Udang Sweet Sour Cik nK

Assalamualaikum & Selamat Malam

Salah satu feberet Cik nK adalah makanan laut seperti udang!!
Suka sgt2...kalo nak ajak Cik nK makan2...belanja la mkn udang k...
Cik nK dapat udang n Cik nK masak sweet sour jer hari tu....sedap taw....
Bawah ni Cik nK kongsikan resepi udang sweet sour Cik nK...

Udang Sweet sour Cik nK

Bahan-Bahan nyer :
  • 300 gram udang 
  • sebiji bawang besar - dipotong bulat2
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 2-3 biji cili merah - dipotong
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • gula & garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • hirisan daun sup sebagai hiasan
Cara Menyediakannya :
1. Basuh udang dgn bersih & gaulkan sedikit garam
2. Tumis bawang merah, bawang putih & cili kisar hingga garing.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, gula, garam & masukkan sedikit air sehingga mendidih.
4. Pas tu, masukkan udang, cili merah, bawang besar & tomato. Gaul sehingga rata dan hingga kuah pekat. Jangan masak udang tu terlalu lama kerana udang cepat kecut & cepat masak...& pastikan kuah betol2 masak sebelom masukkan udang...
5. Last sekali....kalo rasa udang tu dah cukup masak, hidangkan & taburkan hirisan daun sup atas udang tersebut sebagai hiasan...Selamat Menjamu Selera.....sedapnyerrrrr.....sluuurrpppp....

    tadaaa.....ni die udang sweet sour Cik nK....sedap kan....:)

Lapa la plak......jap laa....Cik nK nak mkn something laa....
Mr Teddy ckp udang sweet sour ni sedap...mcm biasa la kan...
setiap kali Cik nK masak something, pasti ade tapau untuk Mr Teddy...
ok...bubuy....

Adios ~ Cik nK

Saturday 1 October 2011

Resepi kuih seri Muka Cik nK

Assalamualaikum....

Kali ni cik nK nak kongsi resepi kuih seri muka Cik nK....
hahahahahaha....1st time Cik nK try wat kuih klasik ni taw....
ok, kta layan bahan2 utk wat kuih klasik ni...

Seri Muka Cik nK
Bahan2 :
Bahagian atas :
200 gram beras pulut
200 ml santan
sedikit garam
Bahagian bawah :
Telur ayam 2 biji
200 ml santan
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Pandan Paste @ daun pandan 4-6 helai
Pewarna Hijau
Sedikit garam
150 ml air

Cara2 Membuatnya plak :
1. Basuh beras pulut & rendam selama 10 ke 15 minit...
pas tu toskan
2. Dah toskan, gaulkan beras pulut tu dgn santan
& sedikit garam....& letak dalam loyang untuk mengukus...
letak beras pulut & santan tu sama paras atas
lebih cket dr paras beras pulut....
jgn lebih sgt...nanti nasik pulut tu lembik sgt...
3. Kukus beras pulut tu selama 20 ke 30 minit
dalam pengukus ygian  telah dipanaskan airnya.
4. Untuk lapisan atas plak,
mula2 pukul telur dan gula hingga kembang....
x yah la lama sgt...
asal dah bergaul jer telur n gula tu...
5. Pas tu masukkan santan yg dah di gaul dengan
sedikit garam....& pukul lagi..
then masukkan pandan paste yg dah dilarutkan dengan air
@ daun pandan yg dah dikisar n diambik airnya...
(jus pandan...hehehe...) & kisar balik...
6. Masukkan pewarna....
masukkan tepung gandum & tepung jagung....
kacau sampai rata...
7. Then siap.....tapis adunan tu & tuang atas pulut yg telah masak
dikukus tadi yg telah di mampatkan
supaya aduan atas x mengalir dalam pulut tersebut.
8. Akher sekali.....kukus adunan tu bersama pulut tu
sekali lagi selama lebih kurang 30 minit...
9. Dah masak, biarkan sejuk dulu baru cantek untuk di potong.....:)

tadaaaa....ni die seri muka Cik nK


Sukatan yg Cik nK guna loyang pengukus kecik jer..
15cm x 15cm
Kalo nak buat byk, so tamabahla bahan2 nyer k...

ni plak untuk Mr Teddy tersayang...

Dan seperti biasa Cik nK akan tapau untuk
Mr Teddy tersayang
Oklaaa.....ni jer resepi simple Cik nK
Bubuy....

Adios ~ Cik nK





Saturday 24 September 2011

Bini-Biniku Gangster....Suami Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...:)

Assalamualaikum & selamat pagi....:)


Kali ni Cik nK nak kongsi cket Filem yg baru 
jer Cik nK tonton kol 9.50 mlm tadi...
Bini-Biniku Gangster...hahahaha....
best, kelakar taw...
terhibur la tgk cite tu...
Antara pelakon yang menjayakan Filem Bini-Biniku Gangster ialah Shaheizy Sam (Herry), Yana Samsudin (Manja), Intan Ladyana (Reanna), Zalif Sidek (Mat Saja), Zul Handyblack (Muza) dan ramai lagi...



Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster
Mengisahkan pasangan suami isteri, Manja dan Herry yang saling sayang menyayangi. Di mata Herry, Manja adalah seorang isteri yang baik. Manja pula, sedaya upaya menyembunyikan statusnya sebagai ketua kumpulan gangster. Di pejabat, Herry kerap dibuli oleh rakan sepejabatnya, Mat Saja. Setiap kali Herry dibuli, Mat Saja akan mendapat balasan apabila pengikut-pengikut Manja, memukulnya. Walaupun telah berkahwin 2 tahun, tetapi mereka berdua masih belum mempunyai anak kerana Manja tidak boleh mengandung akibat kecederaan masa silam. Menyedari perkara ini, Manja cuba mencarikan isteri untuk suaminya. Lagipun, Manja tidak mahu Herry mengetahui dia adalah ketua kumpulan gangster dan dia semakin sibuk menjaga kawasan yang sering diganggu oleh musuhnya, Min Siam.

Pada satu hari, Herry mendapat seorang pembantu dipejabatnya, iaitu Reanna. Hubungan Herry dan Reanna yang agak intim menyebabkan Manja mengambil keputusan untuk melamar Reanna sebagai isteri kedua Herry. Pada mulanya, hubungan Reanna dan Manja agak baik. Namun pergaduhan mula terjadi apabila Manja mendapat tahu Reanna adalah seorang gangster, dan adik kepada Min Siam, musuhnya. Tiba-tiba, Herry menghilangkan diri. Dimanakah Herry? Benarkah Herry mempunyai 2 isteri atau 3 isteri? Adakah semua ini dirancang oleh pihak tertentu? Siapa sebenarnya Herry???

Jawapannya ada di Pawagam berhampiran anda....


Biasanyer malam Sabtu cam ni Cik nK & Mr Teddy 
akan g tengok wayang...maklum la esok x keja...
tp Cik nK keja...tp start lambat...kol 10...
so, leh la g tengok wayang....


tadaaa....ni tiket wayang ktorg...

Pada sapa2 yg lom g tengok cite ni 
leh la gi tengok ujung minggu ni...
cepat2 booking...
bg yg area KL ni book online jela...
hall sentiasa penuh kalo ujung minggu
x pasal2 akan duduk depan sekali 
sambil mendongak...
patah tengkok plak balik umah...
To Mr Teddy...TQ very much coz sponsor tiket...
Ok....dah pagi dah ni...
Cik nK ngantok plak...
esok nak g keja lagi...
Gud nitezzzzz.....

Adios ~ Cik nK

Wednesday 14 September 2011

Pantun @ Seloka Hari Merdeka

Assalamualaikum & Selamat Malam...

Hari ni 14 September 2011...2 hari lagi nak sambut hari Malaysia 
merangkap Hari Kemerdekaan 2011 yg akan diadakan di Dataran Merdeka....
Maklumlah hari merdeka tahun ni jatuh pada 2nd raya kan....
So, sambutan hari kemerdekaan ditunda pada 16 september 2011 
sekaligus sambutan Hari Malaysia 2011...
Sempena hari merdeka tahun ni Cik nK titipkan beberapa rangkap 
pantun @ seloka untuk renungan kita bersama...hayatilah....:)

Lembyung Senja Di Ufuk Barat,
Burung merpati Balik Ke Sarang,
Sambutan Merdeka Ke Lima Puluh Empat,
Transformasi Rakyat Negara Gemilang.

Harum Sungguh Si Bunga Cina,
Harum Lagi Si Limau Kasturi,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera,
Negara Berdaulat Ibu Pertiwi.

Terbang Rendah Sekawan Burung,
Tandanya Padah Kaki Melecur,
Tamadun Sejarah Di Bukit Kepong,
Tumpahnya Darah Semasa Bertempur.

Bunga Siantan & Juga Halia,
Digaul Bersama Di Dalam Belanga,
Jenama Proton Jenama Malaysia,
Buatan Malaysia Kebanggaan Negara.

Mayang Halia Diperah Santan,
Telur Disiang Untuk Dimakan,
Sayang Malaysia Kita Berkorban,
Jalur Gemilang Kita Kibarkan.

Gelang Suasa Untuk Meminang,
Rusa Di Kandang Menangis X makan,
Gemilang Negara Kerana Pejuang,
Jasa Dikenang Sepanjang Zaman.

Tanam Durian Tersergam Indah,
Buah Bidara & Daun Halia,
16 September Penuh Sejarah,
Penyatuan Negara Satu Malaysia.

bunga Cempaka Di Dalam Raga,
Raga Dibuat Si Anak Dara,
Putar Belit Sejarah Negara,
Ancaman Terbesar Musuh Negara.

Sedap Sungguh Si Pengat Labu,
Dimasak Bersama Si Kuah Laksa,
Buta Sejarah Macam Mat Sabu,
Jual Malaysia X Kenang Jasa.

Zaman Penjajah Zaman Terseksa,
Zaman Komunis Zaman Berduka,
Bukit Kepong Tragedi Durjana,
Polis Bertugas Penuh Derita,
Komunis Memang Bermaharajalela,
Tanggal Keramat Tanggal Merdeka,
Bapa Merdeka Pencetus Suasana,
Harmoni Negara Biarpun Seketika,
Rusuhan Kaum Memang Celaka,
Bangsa Bermusuh Bertimpa Bala,
Tun Razak Tampil Pembuka Jendela,
Kaum Bersatu Itulah Hendaknya,
Era Moden Negara Berjaya,
Terus Berjaya Di Mata Dunia,
Kita Rakyat Janganlah Derhaka,
Negara Berdaulat Aman sentiasa,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera,
Kali Ke 54 Negara Merdeka,
Alhamdulillah Panjatkan Doa,
Agar Malaysia Terhindar Bencana....

Amin....Ya Rabbil Alamin.....

Okla....ni jela yg sempat Cik nK titipkan sempena
Hari Kemerdekaan 2011...
Semoga Hari Kemerdekaan yg Ke 54 tahun ni
memberi iktibar kepada kita 
betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia ini....
Banggalah jadi anak Malaysia...
Janganlah kita tanya apa jasa negara kepada kita...
Tanyalah pada diri kita apa  jasa kita kepada negara kita...
Renung-renungkan lah...


Jalur Gemilangku Sayang


With My Jalur Gemilang   

      
With My Frenzzz    

Gambar-gambar di atas di ambik masa sambutan
Hari Kemerdekaan 2010..
Masa tu bulan puasa taw....pagi2 sebelum sahur kite dah gerak 
g opis n naik bas g Stadium Bukit Jalil...
Maklumla bulan puasa...sambutan hari merdeka dibuat kat tempat tertutup...  
Tahun ni Cik nK x terlibat pon....
Ape sekalipon...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia Kali Ke 54 Tahun...
   I Love Malaysia & Mr Teddy So Much...

Adios ~ Cik nK