Follower

Saturday 24 September 2011

Bini-Biniku Gangster....Suami Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...:)

Assalamualaikum & selamat pagi....:)


Kali ni Cik nK nak kongsi cket Filem yg baru 
jer Cik nK tonton kol 9.50 mlm tadi...
Bini-Biniku Gangster...hahahaha....
best, kelakar taw...
terhibur la tgk cite tu...
Antara pelakon yang menjayakan Filem Bini-Biniku Gangster ialah Shaheizy Sam (Herry), Yana Samsudin (Manja), Intan Ladyana (Reanna), Zalif Sidek (Mat Saja), Zul Handyblack (Muza) dan ramai lagi...



Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster
Mengisahkan pasangan suami isteri, Manja dan Herry yang saling sayang menyayangi. Di mata Herry, Manja adalah seorang isteri yang baik. Manja pula, sedaya upaya menyembunyikan statusnya sebagai ketua kumpulan gangster. Di pejabat, Herry kerap dibuli oleh rakan sepejabatnya, Mat Saja. Setiap kali Herry dibuli, Mat Saja akan mendapat balasan apabila pengikut-pengikut Manja, memukulnya. Walaupun telah berkahwin 2 tahun, tetapi mereka berdua masih belum mempunyai anak kerana Manja tidak boleh mengandung akibat kecederaan masa silam. Menyedari perkara ini, Manja cuba mencarikan isteri untuk suaminya. Lagipun, Manja tidak mahu Herry mengetahui dia adalah ketua kumpulan gangster dan dia semakin sibuk menjaga kawasan yang sering diganggu oleh musuhnya, Min Siam.

Pada satu hari, Herry mendapat seorang pembantu dipejabatnya, iaitu Reanna. Hubungan Herry dan Reanna yang agak intim menyebabkan Manja mengambil keputusan untuk melamar Reanna sebagai isteri kedua Herry. Pada mulanya, hubungan Reanna dan Manja agak baik. Namun pergaduhan mula terjadi apabila Manja mendapat tahu Reanna adalah seorang gangster, dan adik kepada Min Siam, musuhnya. Tiba-tiba, Herry menghilangkan diri. Dimanakah Herry? Benarkah Herry mempunyai 2 isteri atau 3 isteri? Adakah semua ini dirancang oleh pihak tertentu? Siapa sebenarnya Herry???

Jawapannya ada di Pawagam berhampiran anda....


Biasanyer malam Sabtu cam ni Cik nK & Mr Teddy 
akan g tengok wayang...maklum la esok x keja...
tp Cik nK keja...tp start lambat...kol 10...
so, leh la g tengok wayang....


tadaaa....ni tiket wayang ktorg...

Pada sapa2 yg lom g tengok cite ni 
leh la gi tengok ujung minggu ni...
cepat2 booking...
bg yg area KL ni book online jela...
hall sentiasa penuh kalo ujung minggu
x pasal2 akan duduk depan sekali 
sambil mendongak...
patah tengkok plak balik umah...
To Mr Teddy...TQ very much coz sponsor tiket...
Ok....dah pagi dah ni...
Cik nK ngantok plak...
esok nak g keja lagi...
Gud nitezzzzz.....

Adios ~ Cik nK

No comments:

Post a Comment