Follower

Thursday 6 October 2011

Bahayanyer Bekas Plastik..!!!


Kali ni Cik nK nak shared cket info pasal bekas plastik ni...takut plak terpakai bekas yg x betol plak kan....

Kerana sayang membuang botol atau bekas plastik yang telah digunakan, yang mana keadaannya masih baik, orang ramai terdedah kepada risiko bahaya bahan plastik tersebut. Ramai yang menggunakan botol atau bekas plastik yang sama berulang-ulang kali.
Ramai yang masih kurang mengetahui kandungan bahan botol plastik, seperti botol air mineral atau bekas plastik yang lain termasuk bekas makanan, penutup bekas makanan serta botol susu bayi dan anak-anak kecil.
Sebelum menggunakan semula botol/bekas plastik, orang ramai hendaklah mengetahui bahan asas sesuatu bekas plastik tersebut. Caranya adalah dengan melihat simbol atau kod yang biasanya tertera di bawah produk plastik berkenaan. Kod dan simbol ini sangat penting untuk diketahui kerana ia berkaitan dengan jenis bahan serta cara pemakaiannya.
Kod-kod yang menandakan bahan pembuatan plastik tersebut dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1998 di Amerika Syarikat dan digunakan oleh badan-badan lain seperti ISO (International Standard Organization). Secara umumnya, sistem pengkodan plastik tersebut terletak di bahagian bawah botol atau bekas plastik yang berbentuk segi tiga di mana di dalamnya terkandung angka yang menunjukkan sistem kod plastik bagi botol atau bekas tersebut serta nama jenis plastik di bawah logo segi tiga tersebut.
7 Sistem Kod Plastik
1. PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa digunakan untuk botol plastik yang jernih/transparent/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Botol-botol dengan kod 1 dan kod 2 disyorkan hanya untuk sekali guna sahaja. Di bawah botol, angka 1 di paparkan di tengah-tengahnya segi tiga serta tulisan PETE atau PET (polyethylene terephthalate) di bawahnya. Plastik jenis ini jangan digunakan untuk mengisi air panas kerana ia akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan bahan karsinogenik yang menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang. Buang botol yang sudah lama atau terlihat calar-calar walaupun belum dibuka.
Oleh itu, botol plastik air mineral sebaik-baiknya jangan digunakan berulang-ulang kerana botol kod 1 cuma layak digunakan 1x sahaja.
2. HDPE (high density polyethylene) biasa digunakan untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, bekas galon air minum, kerusi lipat, dan lain-lain. Di bawah botol tertera angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara bekas plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang terkandung di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Walau bagaimanapun, seperti PET, HDPE juga disyorkan HANYA UNTUK SEKALI GUNA kerana pelepasan reaksi antimoni trioksida terus meningkat mengikut masa.
3. V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah jenis plastik yang dibuat plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol minuman lain. Di bawah botol ini terpapar segi tiga (terkadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V di bawah segi tiga tersebut. V itu berarti PVC (polyvinyl chloride).
PVC ini berbahaya untuk kesihatan kerana PVC yang mudah bocor ini mengandung DEHA yang dapat bertindak balas dengan makanan yang bersentuhan langsung dengannya, terutamanya makanan berminyak yang masih panas, kerana DEHA mudah larut pada 15 darjah Celsius. Tindak balas antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan penurunan berat badan.
Jika boleh, hindari penggunaan plastik jenis ini sebaliknya gunakan alternatif pembungkus makanan lain seperti plastik yang diperbuat daripada polietilena atau bahan semula jadi lain, misalnya daun pisang, dll.
4. LDPE (low density polyethylene) biasa digunakan sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembik. DPE (low density polyethylene) iaitu plastik coklat (thermoplastic/dibuat daripada minyak bumi). Di bawah barangan plastik in tertera kod 4 di tengah-tengahnya dan tulisan LDPE di bawah segi tiga logo tersebut.
Sifat plastik LDPE adalah kuat, agak tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berlemak. Pada suhu di bawah 60 darjah Celsius, ia sangat tahan terhadap tindak balas kimia, daya tahannya terhadap wap air adalah baik, tetapi kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen. Plastik jenis ini sukar dihancurkan tapi dapat dikitar semula dan baik untuk digunakan sebagai bekas makanan kerana ia sukar bertindak balas secara kimia dengan makanan di dalamnya.
5. PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama yang berhubung dengan makanan dan minuman, seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan yang terpenting botol susu untuk bayi.
Bahan plastik ini biasanya terdiri daripada botol transparent/tembus cahaya yang tidak jernih atau legap. Bila membeli barang berbahan plastik cari bekas plastik yang berkod 5 di tengah-tengahnya serta tulisan PP di bawah segi tiga logo kerana ia dianggap plastik yang selamat digunakan.
6. PS (polystyrene) biasa digunakan sebagai bahan bagi bekas makanan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dll. Di bawah bekas plastik tertera kod 6 di tengah-tengah dan tulisan PS di bawah segi tiga logo. PS (polystyrene) ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, seorang Jerman, secara tidak sengaja.
Polystyrene merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Selain bekas makanan, styrene juga terdapat pada asap rokok, asap kenderaan dan bahan binaan bangunan. Bahan Polystyrene boleh membocorkan bahan styrene ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan.
Bahan styrene ini perlu dihindari kerana ia berbahaya untuk kesihatan otak dan sistem saraf, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah kesuburan dan pertumbuhan, serta bahan ini sukar dikitar semula secara jadi. Kalau boleh pun, ia memerlukan masa yang panjang dan lama untuk proses kitar semula. Kalau dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga, dan meninggalkan jelaga.
Banyak negara maju sudah melarang penggunaan bekas makanan diperbuat daripada styrofoam yang berbahaya ini.
7. Other (biasanya polycarbonate) terdapat pada bekas makanan dan minuman, seperti botol minum para olahraga, bahan plastik peralatan kenderaan, peralatan rumah, komputer, alat-alat elektronik, dan plastik lain. Plastik jenis ini juga terdapat pada botol susu bayi dan botol minum polikarbonat. Di bawah bekas plastik ini tertera kod 7 di tengah-tengah dan tulisan Other di bawah segi tiga logonya.
Untuk plastik 7 Other ini ada 4 jenis, iaitu PC – polycarbonate, SAN – styrene acrylonitrile, ABS – acrylonitrile butadiene styrene, dan Nylon.
Penggunaan Polycarbonate ini perlu dihindari kerana ia boleh mengeluarkan Bisphenol-A, iaitu bahan utamanya, ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom, penurunan pengeluaran sperma, dan mengubah fungsi imuniti badan. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam bekas makanan ataupun minuman, kerana kedua-dua bahan ini memiliki ketahanan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan dan tahap kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya SAN digunakan untuk membuat mangkuk mixer, pembungkus termos dan botol susu yang mengalami proses pemanasan, yang kononnya melakukan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.
Seacara amnya, botol atau bekas pelastik berkod 4 dan 5 adalah selamat digunakan. Walau bagaimanapun bekas plastik berkod 7 juga dianggap selamat digunakan untuk bekas makanan.

Oklah....kesimpulannya disini berpada2 la untuk membeli bekas plastik terutamanya bekas plastik untuk letak makanan & minuman...sekarang ni cik nK pakai bekas utk isi air masak ke opis grade 7 taw ataupon yg berkod PC..Cik nK ambik brand Bros  jer...nak taw x yg bekas plastik brand tupperware tu berkod ape? No.5 or berkod PP taw...patut pon mahal kan....hehehehe...memang terjamin sepanjang hayat...

Ok...pas nie nak borong la bekas plastik Tupperware...heheheh...Kredit kpd sitik....TQVM.

Adios ~ Cik nK

Sunday 2 October 2011

Udang Sweet Sour Cik nK

Assalamualaikum & Selamat Malam

Salah satu feberet Cik nK adalah makanan laut seperti udang!!
Suka sgt2...kalo nak ajak Cik nK makan2...belanja la mkn udang k...
Cik nK dapat udang n Cik nK masak sweet sour jer hari tu....sedap taw....
Bawah ni Cik nK kongsikan resepi udang sweet sour Cik nK...

Udang Sweet sour Cik nK

Bahan-Bahan nyer :
  • 300 gram udang 
  • sebiji bawang besar - dipotong bulat2
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 2-3 biji cili merah - dipotong
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • gula & garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • hirisan daun sup sebagai hiasan
Cara Menyediakannya :
1. Basuh udang dgn bersih & gaulkan sedikit garam
2. Tumis bawang merah, bawang putih & cili kisar hingga garing.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, gula, garam & masukkan sedikit air sehingga mendidih.
4. Pas tu, masukkan udang, cili merah, bawang besar & tomato. Gaul sehingga rata dan hingga kuah pekat. Jangan masak udang tu terlalu lama kerana udang cepat kecut & cepat masak...& pastikan kuah betol2 masak sebelom masukkan udang...
5. Last sekali....kalo rasa udang tu dah cukup masak, hidangkan & taburkan hirisan daun sup atas udang tersebut sebagai hiasan...Selamat Menjamu Selera.....sedapnyerrrrr.....sluuurrpppp....

    tadaaa.....ni die udang sweet sour Cik nK....sedap kan....:)

Lapa la plak......jap laa....Cik nK nak mkn something laa....
Mr Teddy ckp udang sweet sour ni sedap...mcm biasa la kan...
setiap kali Cik nK masak something, pasti ade tapau untuk Mr Teddy...
ok...bubuy....

Adios ~ Cik nK

Saturday 1 October 2011

Resepi kuih seri Muka Cik nK

Assalamualaikum....

Kali ni cik nK nak kongsi resepi kuih seri muka Cik nK....
hahahahahaha....1st time Cik nK try wat kuih klasik ni taw....
ok, kta layan bahan2 utk wat kuih klasik ni...

Seri Muka Cik nK
Bahan2 :
Bahagian atas :
200 gram beras pulut
200 ml santan
sedikit garam
Bahagian bawah :
Telur ayam 2 biji
200 ml santan
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Pandan Paste @ daun pandan 4-6 helai
Pewarna Hijau
Sedikit garam
150 ml air

Cara2 Membuatnya plak :
1. Basuh beras pulut & rendam selama 10 ke 15 minit...
pas tu toskan
2. Dah toskan, gaulkan beras pulut tu dgn santan
& sedikit garam....& letak dalam loyang untuk mengukus...
letak beras pulut & santan tu sama paras atas
lebih cket dr paras beras pulut....
jgn lebih sgt...nanti nasik pulut tu lembik sgt...
3. Kukus beras pulut tu selama 20 ke 30 minit
dalam pengukus ygian  telah dipanaskan airnya.
4. Untuk lapisan atas plak,
mula2 pukul telur dan gula hingga kembang....
x yah la lama sgt...
asal dah bergaul jer telur n gula tu...
5. Pas tu masukkan santan yg dah di gaul dengan
sedikit garam....& pukul lagi..
then masukkan pandan paste yg dah dilarutkan dengan air
@ daun pandan yg dah dikisar n diambik airnya...
(jus pandan...hehehe...) & kisar balik...
6. Masukkan pewarna....
masukkan tepung gandum & tepung jagung....
kacau sampai rata...
7. Then siap.....tapis adunan tu & tuang atas pulut yg telah masak
dikukus tadi yg telah di mampatkan
supaya aduan atas x mengalir dalam pulut tersebut.
8. Akher sekali.....kukus adunan tu bersama pulut tu
sekali lagi selama lebih kurang 30 minit...
9. Dah masak, biarkan sejuk dulu baru cantek untuk di potong.....:)

tadaaaa....ni die seri muka Cik nK


Sukatan yg Cik nK guna loyang pengukus kecik jer..
15cm x 15cm
Kalo nak buat byk, so tamabahla bahan2 nyer k...

ni plak untuk Mr Teddy tersayang...

Dan seperti biasa Cik nK akan tapau untuk
Mr Teddy tersayang
Oklaaa.....ni jer resepi simple Cik nK
Bubuy....

Adios ~ Cik nK





Saturday 24 September 2011

Bini-Biniku Gangster....Suami Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...:)

Assalamualaikum & selamat pagi....:)


Kali ni Cik nK nak kongsi cket Filem yg baru 
jer Cik nK tonton kol 9.50 mlm tadi...
Bini-Biniku Gangster...hahahaha....
best, kelakar taw...
terhibur la tgk cite tu...
Antara pelakon yang menjayakan Filem Bini-Biniku Gangster ialah Shaheizy Sam (Herry), Yana Samsudin (Manja), Intan Ladyana (Reanna), Zalif Sidek (Mat Saja), Zul Handyblack (Muza) dan ramai lagi...



Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster
Mengisahkan pasangan suami isteri, Manja dan Herry yang saling sayang menyayangi. Di mata Herry, Manja adalah seorang isteri yang baik. Manja pula, sedaya upaya menyembunyikan statusnya sebagai ketua kumpulan gangster. Di pejabat, Herry kerap dibuli oleh rakan sepejabatnya, Mat Saja. Setiap kali Herry dibuli, Mat Saja akan mendapat balasan apabila pengikut-pengikut Manja, memukulnya. Walaupun telah berkahwin 2 tahun, tetapi mereka berdua masih belum mempunyai anak kerana Manja tidak boleh mengandung akibat kecederaan masa silam. Menyedari perkara ini, Manja cuba mencarikan isteri untuk suaminya. Lagipun, Manja tidak mahu Herry mengetahui dia adalah ketua kumpulan gangster dan dia semakin sibuk menjaga kawasan yang sering diganggu oleh musuhnya, Min Siam.

Pada satu hari, Herry mendapat seorang pembantu dipejabatnya, iaitu Reanna. Hubungan Herry dan Reanna yang agak intim menyebabkan Manja mengambil keputusan untuk melamar Reanna sebagai isteri kedua Herry. Pada mulanya, hubungan Reanna dan Manja agak baik. Namun pergaduhan mula terjadi apabila Manja mendapat tahu Reanna adalah seorang gangster, dan adik kepada Min Siam, musuhnya. Tiba-tiba, Herry menghilangkan diri. Dimanakah Herry? Benarkah Herry mempunyai 2 isteri atau 3 isteri? Adakah semua ini dirancang oleh pihak tertentu? Siapa sebenarnya Herry???

Jawapannya ada di Pawagam berhampiran anda....


Biasanyer malam Sabtu cam ni Cik nK & Mr Teddy 
akan g tengok wayang...maklum la esok x keja...
tp Cik nK keja...tp start lambat...kol 10...
so, leh la g tengok wayang....


tadaaa....ni tiket wayang ktorg...

Pada sapa2 yg lom g tengok cite ni 
leh la gi tengok ujung minggu ni...
cepat2 booking...
bg yg area KL ni book online jela...
hall sentiasa penuh kalo ujung minggu
x pasal2 akan duduk depan sekali 
sambil mendongak...
patah tengkok plak balik umah...
To Mr Teddy...TQ very much coz sponsor tiket...
Ok....dah pagi dah ni...
Cik nK ngantok plak...
esok nak g keja lagi...
Gud nitezzzzz.....

Adios ~ Cik nK

Wednesday 14 September 2011

Pantun @ Seloka Hari Merdeka

Assalamualaikum & Selamat Malam...

Hari ni 14 September 2011...2 hari lagi nak sambut hari Malaysia 
merangkap Hari Kemerdekaan 2011 yg akan diadakan di Dataran Merdeka....
Maklumlah hari merdeka tahun ni jatuh pada 2nd raya kan....
So, sambutan hari kemerdekaan ditunda pada 16 september 2011 
sekaligus sambutan Hari Malaysia 2011...
Sempena hari merdeka tahun ni Cik nK titipkan beberapa rangkap 
pantun @ seloka untuk renungan kita bersama...hayatilah....:)

Lembyung Senja Di Ufuk Barat,
Burung merpati Balik Ke Sarang,
Sambutan Merdeka Ke Lima Puluh Empat,
Transformasi Rakyat Negara Gemilang.

Harum Sungguh Si Bunga Cina,
Harum Lagi Si Limau Kasturi,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera,
Negara Berdaulat Ibu Pertiwi.

Terbang Rendah Sekawan Burung,
Tandanya Padah Kaki Melecur,
Tamadun Sejarah Di Bukit Kepong,
Tumpahnya Darah Semasa Bertempur.

Bunga Siantan & Juga Halia,
Digaul Bersama Di Dalam Belanga,
Jenama Proton Jenama Malaysia,
Buatan Malaysia Kebanggaan Negara.

Mayang Halia Diperah Santan,
Telur Disiang Untuk Dimakan,
Sayang Malaysia Kita Berkorban,
Jalur Gemilang Kita Kibarkan.

Gelang Suasa Untuk Meminang,
Rusa Di Kandang Menangis X makan,
Gemilang Negara Kerana Pejuang,
Jasa Dikenang Sepanjang Zaman.

Tanam Durian Tersergam Indah,
Buah Bidara & Daun Halia,
16 September Penuh Sejarah,
Penyatuan Negara Satu Malaysia.

bunga Cempaka Di Dalam Raga,
Raga Dibuat Si Anak Dara,
Putar Belit Sejarah Negara,
Ancaman Terbesar Musuh Negara.

Sedap Sungguh Si Pengat Labu,
Dimasak Bersama Si Kuah Laksa,
Buta Sejarah Macam Mat Sabu,
Jual Malaysia X Kenang Jasa.

Zaman Penjajah Zaman Terseksa,
Zaman Komunis Zaman Berduka,
Bukit Kepong Tragedi Durjana,
Polis Bertugas Penuh Derita,
Komunis Memang Bermaharajalela,
Tanggal Keramat Tanggal Merdeka,
Bapa Merdeka Pencetus Suasana,
Harmoni Negara Biarpun Seketika,
Rusuhan Kaum Memang Celaka,
Bangsa Bermusuh Bertimpa Bala,
Tun Razak Tampil Pembuka Jendela,
Kaum Bersatu Itulah Hendaknya,
Era Moden Negara Berjaya,
Terus Berjaya Di Mata Dunia,
Kita Rakyat Janganlah Derhaka,
Negara Berdaulat Aman sentiasa,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera,
Kali Ke 54 Negara Merdeka,
Alhamdulillah Panjatkan Doa,
Agar Malaysia Terhindar Bencana....

Amin....Ya Rabbil Alamin.....

Okla....ni jela yg sempat Cik nK titipkan sempena
Hari Kemerdekaan 2011...
Semoga Hari Kemerdekaan yg Ke 54 tahun ni
memberi iktibar kepada kita 
betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia ini....
Banggalah jadi anak Malaysia...
Janganlah kita tanya apa jasa negara kepada kita...
Tanyalah pada diri kita apa  jasa kita kepada negara kita...
Renung-renungkan lah...


Jalur Gemilangku Sayang


With My Jalur Gemilang   

      
With My Frenzzz    

Gambar-gambar di atas di ambik masa sambutan
Hari Kemerdekaan 2010..
Masa tu bulan puasa taw....pagi2 sebelum sahur kite dah gerak 
g opis n naik bas g Stadium Bukit Jalil...
Maklumla bulan puasa...sambutan hari merdeka dibuat kat tempat tertutup...  
Tahun ni Cik nK x terlibat pon....
Ape sekalipon...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia Kali Ke 54 Tahun...
   I Love Malaysia & Mr Teddy So Much...

Adios ~ Cik nK

Friday 9 September 2011

Seloka @ Pantun Hari Raya yg Mulia

Assalamualaikum & Selamat malam....

Sedar x sedar hari ni dah masuk hari raya yg ke 10....
10 syawal 1432H
macam mane raya korang semua?
Mesti best kan....tp raya Cik nK tahun ni memang x best langsung...
ape x nya....1st day raya kena chiken pox plak....
hahaha...xpasal2 raya kena dok umah jer...
sampai ari ni masih dok umah & still mc....
Ni pon tengah layan Telemovie Santau @ TV3...
xpola....walaupon Cik nK kena demam...Raya tetap raya kan....
So, ni sedikit seloka @ pantun yg berlaku pada diri Cik nK sepanjang ujung Ramadhan & awl Syawal ni...:)

Berpuasa penuh di bulan Ramadhan,
Sembahyang terawih jgn lah tinggal,
Beraya sakan Bersama teman,
Sebulan beraya di bulan syawal.


Telemovie raya di tv tiga,
Memang x sah kalo xde cita hantu,
Baru nak puasa dah start on lagu raya,
Dengar berulang2 x naik jemu.


Menahan puasa terketar-ketar,
Masuk time berbuka lega sekali,
Makan nasi kepala berputar,
Esok g klinik suspect denggi.


Kepala pening berputar-putar,
Telan panadol tenangnya diri,
Kad raya memang xkan dihantar,
Kiriman SMS,MMS serta BBM trend terkini.


Malam 7 lekor 3 hari lagi nak raya,
Bersiap sedia nak pasang pelita,
Nak wat kuih raya xde menunya,
Klik & Google My Resepi ade la jawabnya.

Berbaju kebaya si anak dara,
Pergi beraya bersama pak teruna,
Cik nK anggun nak pergi beraya,
Rupanya chiken pox nak raya bersama.

1st raya mestila public holiday,
2nd raya 31 Ogos plak hari merdeka,
Nak g klinik sumanya close day,
Last2 g unit kecemasan PPUM gamaknya.


Malam raya malam yg indah,
Berdentum-dentum bunyinya mercun,
Hatiku runsing sgtlah gundah,
Mengenangkan diriku dah x cun-melecun.


Suatu hari di hari raya,
Nyanyian M nasir yg xkan dilupa,
Ketupat rendang lemang & popia,
Makanan wajib raya yg sempurna,
Baju kurung & teluk belanga,
Pakaian Trdisi masyarakat Malaysia,
Ziarah saudara yg jauh dimata,
Amalan berzaman amalkan sentiasa,
Langsir baru bertukar semuanya,
Ini amalan xperlu pon xpa,
Jauhkan membazir dihari mulia,
Sedekahlah pada yg tiada,
Bermaaf-maafan sesama kita,
Hari ini hari raya,
Maaf & salah Cik nK pinta.....

Ni la ketupat yg Cik nK anyam sendiri taw...:)

Ok la..dah kol 12 mlm dah ni...
rasa ngantok la plak...
baru jer abes telemovie santau @ TV3 ni...
okla...nitezzzzzzzz
wat Mr Teddy.....love u so much!!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dari Cik nK & Mr Teddy
Maaf Zahir & Batin
0 - 0 ok??
Nitezzzzzzzzz....

Adios ~~~ Cik nK

Thursday 18 August 2011

Popia Ikan Bilis Cik nK

Salam malam Jumaat....
Setiap kali nak raya Cik nK x kan lupa nak buat Popia taw....
Selalunya Cik nK akan buat Popia berintikan udang kering...
Tp, kali ni Cik nK nak kongsi satu menu popia yang berintikan ikan bilis plak...
Cik nK wat popia ikan bilis ni sebab susah nak dapat udang kering yg elok kat sini...
lain la kalo kat kampung Cik nK kat Sarawak....
senang nak dpt udang kering yg comey2 belaka...
murah plak tu berbanding udang kering yg kat sini...
tu la pasal Cik nK nak try wat popia berintikan ikan bilis plak...

Popia ikan Bilis Cik nK

Bahan-bahan : 
1 paket kulit popia yg boleh dibeli dipasaraya (50 pcs)
200 grm Ikan bilis
sedikit perasa...Cik nK guna Ajinomoto
Minyak untuk menggoreng
sedikit tepung gamdum...utk gam kan kulit popia

Cara Membuatnya :
~ Inti ~
1. Ikan bilis dibuang perutnya.....& rendam seketika...
pas tu blend ikan bilis hingga separuh hancur
2. Pas tu gorengkan ikan bilis yg telah diblend tadi tanpa minyak 
& letak sedikit perasa (ajinomoto) sehingga ikan bilis tu garing sedikit..
Siap la inti popia.....

~Proses utk menggulung popia plak ~
1. Potongkan kulit popia yg 50 pcs td kepada 9 bhgn...
2. So, kulit popia tu jadi 9 cube yg ade 50 pcs kulit popia
3. Kopek satu-persatu kulit popia tu & masukkan inti secukupnya
sebelum popia tu dilipat & gamkan lipatan tu supaya 
popia tidak terbuka apabila digoreng...
4. Last sekali, goreng popia tu dengan api yg kecil supaya popia
& intinya masak sekata

Popia yg baru siap digulung & ready utk digoreng

Ni plak popia yg sudah siap digoreng & letak dlm bekas kedap udara taw...

Oklah, cukuplah untuk kali ni....
Cik nK penat sgt dah ni...
balik keja ptg tadi & terus berbuka, mandi & buat laundry...
pas tu kemas2 umah cket....
pas tu wat popia ni....
penat taw...
Nitezzzzzzzzzz...

Adios ~ Cik Nenek Kebaya




Wednesday 17 August 2011

Cornflake Cookies Cik nK

Assalamualaikum & Selamat Malam...

Alhamdulillah....dah masuk hari ke 17 kita berpuasa...
17 Ramadhan 1432H...merangkap tarikh Nuzul al-Quran...
merangkap juga hari lahir Mr Teddy tersayang....
Selamat Hari Lahir sayang, semoga pjg umor & murah rezki selalu....
Oklah...malam ni Cik nK nak kongsi 
1 resepi simple mimple yg cik nK reka sendiri...
Just TRY & ERROR....hahahahaha.....jadi lah jugak....

Cornflake Cookies Cik nK

Bahan-bahan :
1. 150 grm majerin @ butter
2. 1/2 gelas gula halus
3. 1 gelas tepung gandum
4. 1 mangkuk Nestle Cornflake yg diramas sedikit
5. Coklat rice ~ untuk ditabur atas biskut (hiasan)
6. Paper cup secukupnya.....

Cara-cara membuatnya :
1. Pukul majerin @ butter dan gula sampai mengembang.
2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum & gaul sebati.
3. Selepas itu, masukkan cornflake sehingga adunan sebati.
4. Sudukan adunan dalam paper cup dan tabur coklat rice diatasnya.
5. Akhir sekali bakar dalam oven selama 20 minit sehingga biskut menjadi kekuningan.

Dah masak...baru keluar dr oven ni....

Ni cookies dah sejuk dah...simpan dlm bekas kedap udara taw...

Cik nK baru je buat cookies ni mlm ni...
masak2 jer Cik nK terus post kat blog ni...
hehehe....sajer jer nak kongsi resepi simple...
Buat Mr Teddy, TQ coz temankan Cik nK beli Mixer ptg tadi...
Esok Cik nK tapau cookies ni utk awk k....
Okla, Selamat mencuba cookies Cik nK yg simple ni....
Good nitezzzzzz.....

Adios ~ Cik Nenek Kebaya


Monday 15 August 2011

Ada apa dengan TUPPERWRE BRANDS???

Salam 1 Malaysia & Selamat Malam...
Anda minat Tupperware?
haaaaa....biasanyer perempuan minat benda2 mcm tupperware ni...
Lagi-lagi la Brands Tupperware yang ori kan....
Comey2 belaka kan???
Cik nK pon sama...minat la dgn tupperware ni...
Tp, brands Tupperware ni mahal la...
Cik nK mampu beli yg biasa2 jer....mcm kat Cosway ke....hehehehe...
Tp xper, Cik nK dah mula kumpul cket2 brands tupperware ni...
Al kisahnyer, hari ahad lepas Cik nK lepak2 ngan Mr Teddy kat Mid Valley...
X sangka la plak kat Mid Valley ade Karnival Tupperware Brands....
Bukan main riang gembira Cik nK...wpon hari tu Cik nK sakit2 n pening2....
Ktorg siap main Fun Fair Tupperware plak...hahaha...seronoknyerrr....
Nasibla Mr Teddy faham ape kte nak kan....TQVM Mr Teddy....
Time tu gak Cik nK terus jadi ahli & dapat la tupperware free....seronoknyerrr...
Bayar RM60.00 jer nak jadi ahli....
Main Fun Fair tu pon Cik nK dpt tupperware...best giler....

 Tupperware yg Cik nK dpt time karnival  & Fun Fair Tupperware 


 lagi tupperware Cik nK.....suka sgt beg tupperware pink tu...:P

Okla, kan best ade org bagi cik nK hadiah tuperrware kan....
X gitu Mr Teddy???
Ape pon, TQ Mr Teddy....
Love u so much...

Adios ~ Cik Nenek Kebaya ~

Saturday 13 August 2011

Biskut Cornflake Madu Cik nK.....

Salam 1 Malaysia & Selamat Malam....
Still kenyang la makan berbuka tadi....
Hari ni Cik nK & Mr Teddy berbuka kat Restoran Ayam Golek 5 Bintang kat area Pantai Dalam...
Sedapppppp....tapi, Cik nK x larat nak makan banyak...xpela....tu dah berlalu dah....bukak cita baru plak....

Haaaa.....sepanjang minggu ni Cik nK teringin sgt nak buat cornflake madu taw....
x pasal2 disebabkan nak wat cornflake madu terpaksa beli oven pembakar biskut....
sampai ke Putrajaya Cik nK cari oven tu taw....akhirnyer dapat gak....:)
So, malam ni Cik nK x sabar2 nak testing oven baru Cik nK ni.....
1st percubaan Cik nK buat la biskut Conflake Madu ni....yela...x lama lagi nak raya kan....
Di bawah ni Cik nK sediakan kongsikan sedikit resipi simple yg Cik nK tau...

Biskut Conflake Madu Cik nK
Bahan2nyer adalah :
1. 3 gelas cornflake madu yg telah di ramas sedikit
2. 2 senduk madu
3. 1 senduk gula
4. 2 sudu majerin planta
5. sedikit asing vanilla
6. Manik2 gula @ gula urai (untuk ditabur atas biskut)
7. Paper cup secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Cairkan madu, gula dan majerin planta dengan api yg perlahan. Kacau sehingga majerin planta cair.
2. Setelah semua aduan tersebut dicairkan, masukkan cornflake yg telah diramas sedikit.
3. Gaulkan cornflake tersebut sehingga rata @ sehingga semua cornflake itu disaluti bahan yang dicair tadi.
4. Setelah digaul rata, sudukan conflake tersebut dalam paper cup dan tabur lah gula urai @ manik2 gula diatas conflake madu tersebut sebagai hiasan....boleh juga kalo nak letek coklat rice....
5. Akhir sekali susun diatas loyang pembakar dan bakar dalam oven selama 10 ke 15 minit....
6. Tadaaa.....siap dah.....n biarkan selama 10 minit sebelom diisimpan dalam bekas kedap udara...:)


Baru keluar dari oven ni....

Simpan dalam bekas kedap udara taw...nanti lemau...:P

Okla...tu jer Cik nK nak kongsi kali ni....
Selamat mencuba yer....penyedian nyer x sampai 1 jam pon..
Cik nk dapat dalam 50 cup ....
cukupla tu utk percubaan pertama....
Buat Mr Teddy tersayang....nanti Cik nK bg biskut ni taw...

Adios ~ Cik nK


Tuesday 9 August 2011

Comel x???

Salamat Petang!
Jap lagi nak balik keja dah.....tunggu Mr Teddy ambik dah ni....
Balik ni tempuh jalan jem lagi la ni....
Alahai....penatnyerrrrrr.....
Nak makan ape berbuka petang kang....
ni lagi 1 isu ni....
xper abaikan...lantak la nak makan ape berbuka nanti....
Boring2 tunggu Mr Teddy Cik Nenek edit cket gambar2 Cik Nenek masa jalan2 kat Taman KLCC hari tu...
Ala2 comey gitu kan....hahahahaha....tadaaaa...ni la hasilnyerrrr....





Hahahahahaha....boringnyer...bila la Mr Teddy nak sampai ni....
Love u Mr Teddy!!!

Adios ~ Cik nK

Monday 8 August 2011

Nutella + Gardenia Classic = Sedapppp Punyer!!!

Salam & Selamat malam.....
Alahai....kenyangnyer perut ni....berbuka tadi pon bukannyer makan banyak pon...tu laa, hikmah berpuasa kan...
Petang tadi Cik Nenek berbuka dengan maggi jer...sedap la...coz lama x makan maggi kan...ade lagi 1, Cik Nenek makan Roti Gardenia + Jem Coklat Nutella....hihihi...sedap taw....

    Coklat Nutella + Gardenia Classic

Lama dah Cik Nenek nak makan Nutella ni....sehari seblom posa baru dpt taw....tu pon Cik Nenek beli time harga murah....n beli kat Pasaraya Sogo....X sangka dpt dgn harga yang sgt2 ok....ni kira pembelian bintang la.....kan Mr Teddy???....hehehehe....

Adios ~ Cik nK


Sunday 7 August 2011

Seloka @ Pantun Bulan Ramadan Bulan Kesabaran

Selamat Malam...dan selamat menjalani ibadah posa....bulan posa ni byk2 la bersabar k....mcm2 dugaan bulan posa ni...lagi2 org mcm Cik Nenek yg duduk dekat kesibukan kota ni...pagi petang jalan jem....hari tu 1st time posa Cik Nenek berbuka kat KL sentral.....memang nak naik angin laaa...hahahahaa.....

Bulan Ramadan Bulan yg Berkat,
Jomla kita mengerjakan Ibadat,
Makan Minum Semuanya Berzat,
Nafsu dikawal Syaitan Diikat.

Seminggu sudah kita berpuasa,
Syukur PadaNya dipanjangkan Usia,
Tingkatkan amalan gandakan pahala,
Semoga Ibadat diterima OlehNya.

Pergi bazaar bersama Gerek,
Kelapa Muda bergolek-golek,
Ayam Percik & Ayam Golek,
Dua-dua menu yang Molek.

Bazaar Shah Alam Ramai Pelanggan,
Ramai lagi di Bazaar Melawati,
Tepung Pelita daun Pandan,
Badak berendam menawan hati.

Puasa ketiga menempah bahana,
Saga Dicium SiMyvy durjana,
Hantar bengkel diujung kota,
Dugaan berat di Bulan Mulia.

Keluar rumah pukul tiga,
Pergi Mydin cari belanga,
Belanga dapat, jalan durjana,
Pukul 7, sampai umah...terpinga-pinga.

Hujung minggu Pegi Jalan TAR,
Niat dihati nak beli Juadah berbuka,
2 jam redah jem...kepala berputar-putar,
U turn ke Sogo lagi lah bala,
Balik ke rumah terketar-ketar,
Alahai....x sempat nak beli apa-apa...

Hahahaha....atas tu Cik Nenek karang sedikit seloka sempena apa yg berlaku sepanjang seminggu di Bulan Ramadan ni....Ramai yg merungut time bulan posa ni....Jalan Jem....x sempat balik umah...semua nak balik awal....what the hell....hahahaha.....tp, bulan posa ni banyak2 la sabor k...termasuklah diri Cik Nenek ni...

Xpela....biarla....yg penting Cik Nenek happy  dengan wujudnya Mr Teddy yg begitu mengambil berat...TQVM Mr Teddy....So Sweeeeet....Love U Mr Teddy!!!

Pic ni di ambik 2 minggu sebelom posa...

Adios ~~~ Cik Nk

Thursday 28 July 2011

Watikah Pertunangan

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
Hari ni Cik nK nak cita cket tentang Watikah Pertunangan...
Ape itu Watikah Pertunangan?...
Haaa...Watikah Pertunangan ini adalah satu perjanjian bertulis antara 2 pihak yang bertunang....
Dalam Watikah ini terkandungnya ayat2 yang menyatakan si lelaki ni bertunang dengan si ppuan, 
Catat nama lelaki dan perempuan yang bertunang, tarikh bertunang serta barang2 hantaran yang di hantar semasa bertunang itu...
Watikah ini perlu ditandatangani oleh kedua2 pihak yang bertunang atau pon wakil2 dua2 pihak pon boleh menandatangani watikah tersebut...sebagai tanda setuju dengan pertunangan tersebut serta barang2 hantaran yang dihantar semasa bertunang tersebut sambil disaksikan oleh beberapa orang saksi...
saksi pon tandatangan gak.....ade ruangan untuk diorg sain...
Ni la contoh ayat2 yang tertulis dalam watikah pertunangan

Selalunya bertunang ni wakil2 dua2 pihak akan bercakap mengenai pertunangan tersebut :
Kalo kat Sarawak bunyinya mcm ni.....
"Jikalau pihak perempuan yang memutuskan pertunangan tersebut sebelum tarikh berkahwin, maka pihak perempuan akan menghantar balik segala barang2 hantaran yang die terima masa hari pertunangan mereka...termasuk cincin tunang ataupon wang hantaran yg telah diberi semasa hari pertunangan...(selalu org bg separuh duit hantaran utk perkahwinan - jika ada)"

"Jikalau pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut sebelum tarikh berkahwin, maka semua barang2, cincin ke, duit hantaran ke yang die dah bg kat pihak perempuan akan HANGUS semuanya. Pihak lelaki x boleh menuntut semula barang2 yang telah die bg kat pihak perempuan waima 1 sen pon..heheheh....(ade ker org nak mintak 1 sen?....hahahahaha...)"

Begitulah yang selalunya wakil2 dua2 pihak akan bincangkan dalam majlis pertunangan tersebut....kalo dua2 pihak dah faham & setuju...maka diorg sain la watikah pertunangan tersebut dan selepas itu diorg akan panggil perempuan yg bertunang tu untuk disarungkan cincin oleh bakal mak mertua perempuan itu...ade gak lelaki disarungkan cincin masa hari pertunangan. Cincin pihak lelaki akan disarungkan oleh bakal bapa mertua lelaki tersebut...& MEREKA DAH SAH BERTUNANG...dah di declared bertunang dah....maka pepermpuan itu tidak boleh dipinang orang lain...hahahhahahah....

Masa Cik nK bertunang hari tu pon mcm tu.....tp Mr Teddy x nak disarung cincin, die ckp "geli la pakai cincin2 ni...."...hahahhahaha...so hari tu Cik nK sorang la disarungkan cincin oleh mak Mr Teddy...merangkap bakal mak mertua Cik nK dlm masa 4 bulan lagi....InsyaAllah....doakan jodoh kami panjang k...

ni die watikah pertunangan cik nk & Mr Teddy hari tu....muka depan jer ni....yg Merah tu Cik nK punya & yg bunga2 tu Mr Teddy yg punya...sorang 1 x yah rebut2.....hahahahaha....

ni plak intipati atau kandungan ayat2 yang terdapat dalam watikah pertunangan...ni contoh yang Cik nK punya....boleh wat ikut kretiviti sendiri...yg ni lom di sain lagi....ni time sebelom majlis...

Okla....kalo nak lagi cita pasal Watikah Pertunangan ni...klik link ni k....Lagi Watikah Pertunangan....
Selamat bertunang kepada sapa2 yg cari entri pasal watikah pertunangan ni.....cik nK pon dah bertunang....huahuahua....xlama lagi jadi bini org plak....:P

Adios ~~ Cik nK

Wednesday 27 July 2011

Di sini bermulanya....My Engagement Day with Mr Teddy...

Assalamualaikum semua...

Lamo beno Cik Nenek tinggalkan ruangan blog ni kan....hamper 3 bulan lebih Cik Nenek x update blog ni...ala..busy laaa...ade entri nak di post tp xde masa nak taip.....

Sebulan yg lepas Cik Nenek selamat jadi TUNANGAN org....
YESSSS....tunanagan kepada MR TEDDY yang chomel...hehehe...
Setahun setengah ktorg berkawan & ktorg rancang nak bertunang dulu sebelom majlis nikah nya hujung bulan 11 tahun ni...InsyaAlllah 26 November 2011...
Di hari pertunangan itu Cik Nenek pakai Busana Pink & off course  Mr Teddy pon pakai pink...hehehe
Sweet gitu....
ni laa gambar bertunang Cik nK & Mr. Teddy

lagi....gambar.....
laaa...kaco la budak belakang tu...tu la nana...kazen Cik nK..

Majlis Pertunngan ktorg simple jer....asal buat majlis jer...kecik2 sudah....
Rombongan lelaki dtg dr semenanjung...memang kamboh gler la...hehehe..
Tp, Alhamdulillah settle dengan jayanya majlis ktorg...
Cik nK bertunang siap ade Watikah taw...
ni la watikah pertunangan tu...

Watikah ni adalah satu perjanjian bertulis antara 2 pihak yg bertunang...
Pertunangan di sarawak jer ade benda2 mcm ni....kat Semenanjung or tmpt2 lain xde kot...
Cik nK pon baru tau time nak bertunang yg perlu ade Watikah Pertunangan..
Kelam-kabut Cik nK cari n gubah sendiri watikah tu...tu la hasil die...
Cik nK wat sendiri dengan brg2 recycle jer...hehehehe...
Menjadi gak....
ni plak sireh junjung 

sirih junjung ni plak Cik nK gubah sendiri pada malam sebelom cik nK bertunang...
Jadi gak la....asal ade dah laa....untuk mencukupkan adat jer...
barang hantaran dr dua2 belah pihak....

Barang-barang hantaran ni suma Cik nK yg gubah....
Belah laki pon Cik nK yg wat...
Belah Pempuan pon Cik nK yg wat...
yela...xkan pihak laki nak bawak brg2 hantaran naik belon kan...
Cik nK wat hantaran biasa2 jer...
sehari pas bertunang...ktorg terus blah balik KL...
hahahahahhaha.....

cincin risik n bertunang Cik nK...kiri tu risik..kanan bertunang....

Hari ni 27 Julai 2011......genap 2 bulan Cik nK jadi tunangan org....
ada 4 bulan ngam2 lagi nak jadi bini org....
R u ready Cik nK????
ishhh....xleh jawab sekarang laa....
byk benda perlu settle kan utk wat majlis kawen nanti....
lagi2 kawen dengan org x sama tanah nie...
perlu nait belon nak kawen oooooo.....
xpe2....Cik nK dah start wat persediaan gak dah....
To Mr teddy....ade 4 bulan lagi ni...:)

Adios.....Cik nK....

P/s : tinggalkan komen anda k...TQVM...