Follower

Wednesday, 14 September 2011

Pantun @ Seloka Hari Merdeka

Assalamualaikum & Selamat Malam...

Hari ni 14 September 2011...2 hari lagi nak sambut hari Malaysia 
merangkap Hari Kemerdekaan 2011 yg akan diadakan di Dataran Merdeka....
Maklumlah hari merdeka tahun ni jatuh pada 2nd raya kan....
So, sambutan hari kemerdekaan ditunda pada 16 september 2011 
sekaligus sambutan Hari Malaysia 2011...
Sempena hari merdeka tahun ni Cik nK titipkan beberapa rangkap 
pantun @ seloka untuk renungan kita bersama...hayatilah....:)

Lembyung Senja Di Ufuk Barat,
Burung merpati Balik Ke Sarang,
Sambutan Merdeka Ke Lima Puluh Empat,
Transformasi Rakyat Negara Gemilang.

Harum Sungguh Si Bunga Cina,
Harum Lagi Si Limau Kasturi,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera,
Negara Berdaulat Ibu Pertiwi.

Terbang Rendah Sekawan Burung,
Tandanya Padah Kaki Melecur,
Tamadun Sejarah Di Bukit Kepong,
Tumpahnya Darah Semasa Bertempur.

Bunga Siantan & Juga Halia,
Digaul Bersama Di Dalam Belanga,
Jenama Proton Jenama Malaysia,
Buatan Malaysia Kebanggaan Negara.

Mayang Halia Diperah Santan,
Telur Disiang Untuk Dimakan,
Sayang Malaysia Kita Berkorban,
Jalur Gemilang Kita Kibarkan.

Gelang Suasa Untuk Meminang,
Rusa Di Kandang Menangis X makan,
Gemilang Negara Kerana Pejuang,
Jasa Dikenang Sepanjang Zaman.

Tanam Durian Tersergam Indah,
Buah Bidara & Daun Halia,
16 September Penuh Sejarah,
Penyatuan Negara Satu Malaysia.

bunga Cempaka Di Dalam Raga,
Raga Dibuat Si Anak Dara,
Putar Belit Sejarah Negara,
Ancaman Terbesar Musuh Negara.

Sedap Sungguh Si Pengat Labu,
Dimasak Bersama Si Kuah Laksa,
Buta Sejarah Macam Mat Sabu,
Jual Malaysia X Kenang Jasa.

Zaman Penjajah Zaman Terseksa,
Zaman Komunis Zaman Berduka,
Bukit Kepong Tragedi Durjana,
Polis Bertugas Penuh Derita,
Komunis Memang Bermaharajalela,
Tanggal Keramat Tanggal Merdeka,
Bapa Merdeka Pencetus Suasana,
Harmoni Negara Biarpun Seketika,
Rusuhan Kaum Memang Celaka,
Bangsa Bermusuh Bertimpa Bala,
Tun Razak Tampil Pembuka Jendela,
Kaum Bersatu Itulah Hendaknya,
Era Moden Negara Berjaya,
Terus Berjaya Di Mata Dunia,
Kita Rakyat Janganlah Derhaka,
Negara Berdaulat Aman sentiasa,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera,
Kali Ke 54 Negara Merdeka,
Alhamdulillah Panjatkan Doa,
Agar Malaysia Terhindar Bencana....

Amin....Ya Rabbil Alamin.....

Okla....ni jela yg sempat Cik nK titipkan sempena
Hari Kemerdekaan 2011...
Semoga Hari Kemerdekaan yg Ke 54 tahun ni
memberi iktibar kepada kita 
betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia ini....
Banggalah jadi anak Malaysia...
Janganlah kita tanya apa jasa negara kepada kita...
Tanyalah pada diri kita apa  jasa kita kepada negara kita...
Renung-renungkan lah...


Jalur Gemilangku Sayang


With My Jalur Gemilang   

      
With My Frenzzz    

Gambar-gambar di atas di ambik masa sambutan
Hari Kemerdekaan 2010..
Masa tu bulan puasa taw....pagi2 sebelum sahur kite dah gerak 
g opis n naik bas g Stadium Bukit Jalil...
Maklumla bulan puasa...sambutan hari merdeka dibuat kat tempat tertutup...  
Tahun ni Cik nK x terlibat pon....
Ape sekalipon...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia Kali Ke 54 Tahun...
   I Love Malaysia & Mr Teddy So Much...

Adios ~ Cik nK

No comments:

Post a Comment

Post a Comment