Follower

Sunday, 2 October 2011

Udang Sweet Sour Cik nK

Assalamualaikum & Selamat Malam

Salah satu feberet Cik nK adalah makanan laut seperti udang!!
Suka sgt2...kalo nak ajak Cik nK makan2...belanja la mkn udang k...
Cik nK dapat udang n Cik nK masak sweet sour jer hari tu....sedap taw....
Bawah ni Cik nK kongsikan resepi udang sweet sour Cik nK...

Udang Sweet sour Cik nK

Bahan-Bahan nyer :
  • 300 gram udang 
  • sebiji bawang besar - dipotong bulat2
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 2-3 biji cili merah - dipotong
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • gula & garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • hirisan daun sup sebagai hiasan
Cara Menyediakannya :
1. Basuh udang dgn bersih & gaulkan sedikit garam
2. Tumis bawang merah, bawang putih & cili kisar hingga garing.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, gula, garam & masukkan sedikit air sehingga mendidih.
4. Pas tu, masukkan udang, cili merah, bawang besar & tomato. Gaul sehingga rata dan hingga kuah pekat. Jangan masak udang tu terlalu lama kerana udang cepat kecut & cepat masak...& pastikan kuah betol2 masak sebelom masukkan udang...
5. Last sekali....kalo rasa udang tu dah cukup masak, hidangkan & taburkan hirisan daun sup atas udang tersebut sebagai hiasan...Selamat Menjamu Selera.....sedapnyerrrrr.....sluuurrpppp....

    tadaaa.....ni die udang sweet sour Cik nK....sedap kan....:)

Lapa la plak......jap laa....Cik nK nak mkn something laa....
Mr Teddy ckp udang sweet sour ni sedap...mcm biasa la kan...
setiap kali Cik nK masak something, pasti ade tapau untuk Mr Teddy...
ok...bubuy....

Adios ~ Cik nK

Saturday, 1 October 2011

Resepi kuih seri Muka Cik nK

Assalamualaikum....

Kali ni cik nK nak kongsi resepi kuih seri muka Cik nK....
hahahahahaha....1st time Cik nK try wat kuih klasik ni taw....
ok, kta layan bahan2 utk wat kuih klasik ni...

Seri Muka Cik nK
Bahan2 :
Bahagian atas :
200 gram beras pulut
200 ml santan
sedikit garam
Bahagian bawah :
Telur ayam 2 biji
200 ml santan
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Pandan Paste @ daun pandan 4-6 helai
Pewarna Hijau
Sedikit garam
150 ml air

Cara2 Membuatnya plak :
1. Basuh beras pulut & rendam selama 10 ke 15 minit...
pas tu toskan
2. Dah toskan, gaulkan beras pulut tu dgn santan
& sedikit garam....& letak dalam loyang untuk mengukus...
letak beras pulut & santan tu sama paras atas
lebih cket dr paras beras pulut....
jgn lebih sgt...nanti nasik pulut tu lembik sgt...
3. Kukus beras pulut tu selama 20 ke 30 minit
dalam pengukus ygian  telah dipanaskan airnya.
4. Untuk lapisan atas plak,
mula2 pukul telur dan gula hingga kembang....
x yah la lama sgt...
asal dah bergaul jer telur n gula tu...
5. Pas tu masukkan santan yg dah di gaul dengan
sedikit garam....& pukul lagi..
then masukkan pandan paste yg dah dilarutkan dengan air
@ daun pandan yg dah dikisar n diambik airnya...
(jus pandan...hehehe...) & kisar balik...
6. Masukkan pewarna....
masukkan tepung gandum & tepung jagung....
kacau sampai rata...
7. Then siap.....tapis adunan tu & tuang atas pulut yg telah masak
dikukus tadi yg telah di mampatkan
supaya aduan atas x mengalir dalam pulut tersebut.
8. Akher sekali.....kukus adunan tu bersama pulut tu
sekali lagi selama lebih kurang 30 minit...
9. Dah masak, biarkan sejuk dulu baru cantek untuk di potong.....:)

tadaaaa....ni die seri muka Cik nK


Sukatan yg Cik nK guna loyang pengukus kecik jer..
15cm x 15cm
Kalo nak buat byk, so tamabahla bahan2 nyer k...

ni plak untuk Mr Teddy tersayang...

Dan seperti biasa Cik nK akan tapau untuk
Mr Teddy tersayang
Oklaaa.....ni jer resepi simple Cik nK
Bubuy....

Adios ~ Cik nK





Saturday, 24 September 2011

Bini-Biniku Gangster....Suami Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...:)

Assalamualaikum & selamat pagi....:)


Kali ni Cik nK nak kongsi cket Filem yg baru 
jer Cik nK tonton kol 9.50 mlm tadi...
Bini-Biniku Gangster...hahahaha....
best, kelakar taw...
terhibur la tgk cite tu...
Antara pelakon yang menjayakan Filem Bini-Biniku Gangster ialah Shaheizy Sam (Herry), Yana Samsudin (Manja), Intan Ladyana (Reanna), Zalif Sidek (Mat Saja), Zul Handyblack (Muza) dan ramai lagi...



Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster: 
Mengisahkan pasangan suami isteri, Manja dan Herry yang saling sayang menyayangi. Di mata Herry, Manja adalah seorang isteri yang baik. Manja pula, sedaya upaya menyembunyikan statusnya sebagai ketua kumpulan gangster. Di pejabat, Herry kerap dibuli oleh rakan sepejabatnya, Mat Saja. Setiap kali Herry dibuli, Mat Saja akan mendapat balasan apabila pengikut-pengikut Manja, memukulnya. Walaupun telah berkahwin 2 tahun, tetapi mereka berdua masih belum mempunyai anak kerana Manja tidak boleh mengandung akibat kecederaan masa silam. Menyedari perkara ini, Manja cuba mencarikan isteri untuk suaminya. Lagipun, Manja tidak mahu Herry mengetahui dia adalah ketua kumpulan gangster dan dia semakin sibuk menjaga kawasan yang sering diganggu oleh musuhnya, Min Siam.

Pada satu hari, Herry mendapat seorang pembantu dipejabatnya, iaitu Reanna. Hubungan Herry dan Reanna yang agak intim menyebabkan Manja mengambil keputusan untuk melamar Reanna sebagai isteri kedua Herry. Pada mulanya, hubungan Reanna dan Manja agak baik. Namun pergaduhan mula terjadi apabila Manja mendapat tahu Reanna adalah seorang gangster, dan adik kepada Min Siam, musuhnya. Tiba-tiba, Herry menghilangkan diri. Dimanakah Herry? Benarkah Herry mempunyai 2 isteri atau 3 isteri? Adakah semua ini dirancang oleh pihak tertentu? Siapa sebenarnya Herry???

Jawapannya ada di Pawagam berhampiran anda....


Biasanyer malam Sabtu cam ni Cik nK & Mr Teddy 
akan g tengok wayang...maklum la esok x keja...
tp Cik nK keja...tp start lambat...kol 10...
so, leh la g tengok wayang....


tadaaa....ni tiket wayang ktorg...

Pada sapa2 yg lom g tengok cite ni 
leh la gi tengok ujung minggu ni...
cepat2 booking...
bg yg area KL ni book online jela...
hall sentiasa penuh kalo ujung minggu
x pasal2 akan duduk depan sekali 
sambil mendongak...
patah tengkok plak balik umah...
To Mr Teddy...TQ very much coz sponsor tiket...
Ok....dah pagi dah ni...
Cik nK ngantok plak...
esok nak g keja lagi...
Gud nitezzzzz.....

Adios ~ Cik nK

Wednesday, 14 September 2011

Pantun @ Seloka Hari Merdeka

Assalamualaikum & Selamat Malam...

Hari ni 14 September 2011...2 hari lagi nak sambut hari Malaysia 
merangkap Hari Kemerdekaan 2011 yg akan diadakan di Dataran Merdeka....
Maklumlah hari merdeka tahun ni jatuh pada 2nd raya kan....
So, sambutan hari kemerdekaan ditunda pada 16 september 2011 
sekaligus sambutan Hari Malaysia 2011...
Sempena hari merdeka tahun ni Cik nK titipkan beberapa rangkap 
pantun @ seloka untuk renungan kita bersama...hayatilah....:)

Lembyung Senja Di Ufuk Barat,
Burung merpati Balik Ke Sarang,
Sambutan Merdeka Ke Lima Puluh Empat,
Transformasi Rakyat Negara Gemilang.

Harum Sungguh Si Bunga Cina,
Harum Lagi Si Limau Kasturi,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera,
Negara Berdaulat Ibu Pertiwi.

Terbang Rendah Sekawan Burung,
Tandanya Padah Kaki Melecur,
Tamadun Sejarah Di Bukit Kepong,
Tumpahnya Darah Semasa Bertempur.

Bunga Siantan & Juga Halia,
Digaul Bersama Di Dalam Belanga,
Jenama Proton Jenama Malaysia,
Buatan Malaysia Kebanggaan Negara.

Mayang Halia Diperah Santan,
Telur Disiang Untuk Dimakan,
Sayang Malaysia Kita Berkorban,
Jalur Gemilang Kita Kibarkan.

Gelang Suasa Untuk Meminang,
Rusa Di Kandang Menangis X makan,
Gemilang Negara Kerana Pejuang,
Jasa Dikenang Sepanjang Zaman.

Tanam Durian Tersergam Indah,
Buah Bidara & Daun Halia,
16 September Penuh Sejarah,
Penyatuan Negara Satu Malaysia.

bunga Cempaka Di Dalam Raga,
Raga Dibuat Si Anak Dara,
Putar Belit Sejarah Negara,
Ancaman Terbesar Musuh Negara.

Sedap Sungguh Si Pengat Labu,
Dimasak Bersama Si Kuah Laksa,
Buta Sejarah Macam Mat Sabu,
Jual Malaysia X Kenang Jasa.

Zaman Penjajah Zaman Terseksa,
Zaman Komunis Zaman Berduka,
Bukit Kepong Tragedi Durjana,
Polis Bertugas Penuh Derita,
Komunis Memang Bermaharajalela,
Tanggal Keramat Tanggal Merdeka,
Bapa Merdeka Pencetus Suasana,
Harmoni Negara Biarpun Seketika,
Rusuhan Kaum Memang Celaka,
Bangsa Bermusuh Bertimpa Bala,
Tun Razak Tampil Pembuka Jendela,
Kaum Bersatu Itulah Hendaknya,
Era Moden Negara Berjaya,
Terus Berjaya Di Mata Dunia,
Kita Rakyat Janganlah Derhaka,
Negara Berdaulat Aman sentiasa,
Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera,
Kali Ke 54 Negara Merdeka,
Alhamdulillah Panjatkan Doa,
Agar Malaysia Terhindar Bencana....

Amin....Ya Rabbil Alamin.....

Okla....ni jela yg sempat Cik nK titipkan sempena
Hari Kemerdekaan 2011...
Semoga Hari Kemerdekaan yg Ke 54 tahun ni
memberi iktibar kepada kita 
betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia ini....
Banggalah jadi anak Malaysia...
Janganlah kita tanya apa jasa negara kepada kita...
Tanyalah pada diri kita apa  jasa kita kepada negara kita...
Renung-renungkan lah...


Jalur Gemilangku Sayang


With My Jalur Gemilang   

      
With My Frenzzz    

Gambar-gambar di atas di ambik masa sambutan
Hari Kemerdekaan 2010..
Masa tu bulan puasa taw....pagi2 sebelum sahur kite dah gerak 
g opis n naik bas g Stadium Bukit Jalil...
Maklumla bulan puasa...sambutan hari merdeka dibuat kat tempat tertutup...  
Tahun ni Cik nK x terlibat pon....
Ape sekalipon...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia Kali Ke 54 Tahun...
   I Love Malaysia & Mr Teddy So Much...

Adios ~ Cik nK

Friday, 9 September 2011

Seloka @ Pantun Hari Raya yg Mulia

Assalamualaikum & Selamat malam....

Sedar x sedar hari ni dah masuk hari raya yg ke 10....
10 syawal 1432H
macam mane raya korang semua?
Mesti best kan....tp raya Cik nK tahun ni memang x best langsung...
ape x nya....1st day raya kena chiken pox plak....
hahaha...xpasal2 raya kena dok umah jer...
sampai ari ni masih dok umah & still mc....
Ni pon tengah layan Telemovie Santau @ TV3...
xpola....walaupon Cik nK kena demam...Raya tetap raya kan....
So, ni sedikit seloka @ pantun yg berlaku pada diri Cik nK sepanjang ujung Ramadhan & awl Syawal ni...:)

Berpuasa penuh di bulan Ramadhan,
Sembahyang terawih jgn lah tinggal,
Beraya sakan Bersama teman,
Sebulan beraya di bulan syawal.


Telemovie raya di tv tiga,
Memang x sah kalo xde cita hantu,
Baru nak puasa dah start on lagu raya,
Dengar berulang2 x naik jemu.


Menahan puasa terketar-ketar,
Masuk time berbuka lega sekali,
Makan nasi kepala berputar,
Esok g klinik suspect denggi.


Kepala pening berputar-putar,
Telan panadol tenangnya diri,
Kad raya memang xkan dihantar,
Kiriman SMS,MMS serta BBM trend terkini.


Malam 7 lekor 3 hari lagi nak raya,
Bersiap sedia nak pasang pelita,
Nak wat kuih raya xde menunya,
Klik & Google My Resepi ade la jawabnya.

Berbaju kebaya si anak dara,
Pergi beraya bersama pak teruna,
Cik nK anggun nak pergi beraya,
Rupanya chiken pox nak raya bersama.

1st raya mestila public holiday,
2nd raya 31 Ogos plak hari merdeka,
Nak g klinik sumanya close day,
Last2 g unit kecemasan PPUM gamaknya.


Malam raya malam yg indah,
Berdentum-dentum bunyinya mercun,
Hatiku runsing sgtlah gundah,
Mengenangkan diriku dah x cun-melecun.


Suatu hari di hari raya,
Nyanyian M nasir yg xkan dilupa,
Ketupat rendang lemang & popia,
Makanan wajib raya yg sempurna,
Baju kurung & teluk belanga,
Pakaian Trdisi masyarakat Malaysia,
Ziarah saudara yg jauh dimata,
Amalan berzaman amalkan sentiasa,
Langsir baru bertukar semuanya,
Ini amalan xperlu pon xpa,
Jauhkan membazir dihari mulia,
Sedekahlah pada yg tiada,
Bermaaf-maafan sesama kita,
Hari ini hari raya,
Maaf & salah Cik nK pinta.....

Ni la ketupat yg Cik nK anyam sendiri taw...:)

Ok la..dah kol 12 mlm dah ni...
rasa ngantok la plak...
baru jer abes telemovie santau @ TV3 ni...
okla...nitezzzzzzzz
wat Mr Teddy.....love u so much!!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dari Cik nK & Mr Teddy
Maaf Zahir & Batin
0 - 0 ok??
Nitezzzzzzzzz....

Adios ~~~ Cik nK

Thursday, 18 August 2011

Popia Ikan Bilis Cik nK

Salam malam Jumaat....
Setiap kali nak raya Cik nK x kan lupa nak buat Popia taw....
Selalunya Cik nK akan buat Popia berintikan udang kering...
Tp, kali ni Cik nK nak kongsi satu menu popia yang berintikan ikan bilis plak...
Cik nK wat popia ikan bilis ni sebab susah nak dapat udang kering yg elok kat sini...
lain la kalo kat kampung Cik nK kat Sarawak....
senang nak dpt udang kering yg comey2 belaka...
murah plak tu berbanding udang kering yg kat sini...
tu la pasal Cik nK nak try wat popia berintikan ikan bilis plak...

Popia ikan Bilis Cik nK

Bahan-bahan : 
1 paket kulit popia yg boleh dibeli dipasaraya (50 pcs)
200 grm Ikan bilis
sedikit perasa...Cik nK guna Ajinomoto
Minyak untuk menggoreng
sedikit tepung gamdum...utk gam kan kulit popia

Cara Membuatnya :
~ Inti ~
1. Ikan bilis dibuang perutnya.....& rendam seketika...
pas tu blend ikan bilis hingga separuh hancur
2. Pas tu gorengkan ikan bilis yg telah diblend tadi tanpa minyak 
& letak sedikit perasa (ajinomoto) sehingga ikan bilis tu garing sedikit..
Siap la inti popia.....

~Proses utk menggulung popia plak ~
1. Potongkan kulit popia yg 50 pcs td kepada 9 bhgn...
2. So, kulit popia tu jadi 9 cube yg ade 50 pcs kulit popia
3. Kopek satu-persatu kulit popia tu & masukkan inti secukupnya
sebelum popia tu dilipat & gamkan lipatan tu supaya 
popia tidak terbuka apabila digoreng...
4. Last sekali, goreng popia tu dengan api yg kecil supaya popia
& intinya masak sekata

Popia yg baru siap digulung & ready utk digoreng

Ni plak popia yg sudah siap digoreng & letak dlm bekas kedap udara taw...

Oklah, cukuplah untuk kali ni....
Cik nK penat sgt dah ni...
balik keja ptg tadi & terus berbuka, mandi & buat laundry...
pas tu kemas2 umah cket....
pas tu wat popia ni....
penat taw...
Nitezzzzzzzzzz...

Adios ~ Cik Nenek Kebaya




Wednesday, 17 August 2011

Cornflake Cookies Cik nK

Assalamualaikum & Selamat Malam...

Alhamdulillah....dah masuk hari ke 17 kita berpuasa...
17 Ramadhan 1432H...merangkap tarikh Nuzul al-Quran...
merangkap juga hari lahir Mr Teddy tersayang....
Selamat Hari Lahir sayang, semoga pjg umor & murah rezki selalu....
Oklah...malam ni Cik nK nak kongsi 
1 resepi simple mimple yg cik nK reka sendiri...
Just TRY & ERROR....hahahahaha.....jadi lah jugak....

Cornflake Cookies Cik nK

Bahan-bahan :
1. 150 grm majerin @ butter
2. 1/2 gelas gula halus
3. 1 gelas tepung gandum
4. 1 mangkuk Nestle Cornflake yg diramas sedikit
5. Coklat rice ~ untuk ditabur atas biskut (hiasan)
6. Paper cup secukupnya.....

Cara-cara membuatnya :
1. Pukul majerin @ butter dan gula sampai mengembang.
2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum & gaul sebati.
3. Selepas itu, masukkan cornflake sehingga adunan sebati.
4. Sudukan adunan dalam paper cup dan tabur coklat rice diatasnya.
5. Akhir sekali bakar dalam oven selama 20 minit sehingga biskut menjadi kekuningan.

Dah masak...baru keluar dr oven ni....

Ni cookies dah sejuk dah...simpan dlm bekas kedap udara taw...

Cik nK baru je buat cookies ni mlm ni...
masak2 jer Cik nK terus post kat blog ni...
hehehe....sajer jer nak kongsi resepi simple...
Buat Mr Teddy, TQ coz temankan Cik nK beli Mixer ptg tadi...
Esok Cik nK tapau cookies ni utk awk k....
Okla, Selamat mencuba cookies Cik nK yg simple ni....
Good nitezzzzzz.....

Adios ~ Cik Nenek Kebaya