Cik Nenek kali ni nak kongsi pasal rahsia bunga ros...
Bunga ros yg biasa kta tengok ialah ROS MERAH, ROS PUTIH,
ROS KUNING & ROS MERAH JAMPU...
ade lagi ros kaler lain kot, tp ni jela yg biasa
Cik Nenek tengok...hehehehe...
Hati sering tertanya-tanya apakah maksud
warna bunga ros yang pernah diterima...
Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati
ataupun sekadar teman biasa?
Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna
yg mengandungi maksud tersirat...
Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu...
Di sini Cik Nenek nak kongsi tentang maksud tersirat
di sebalik warna bunga ros...:)
Bunga Ros Merah
Maksud Ros Merah adalah...
Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya...
Ros Merah merupakan ros yang paling femes,
paling digemari dan paling laku kat kedai...
Bukan hanya kerana ros ni paling cantik tapi..
sebab ros merah ni sangat universal,
tengok la maksud dia... suma ada.....
Haaa.. jadi pada sape-sape yang selalu dapat ros kaler merah,
jangan la pulak cepat sangat nak perasan...
Sebab banyak makna yang boleh menyebabkan
seseorang tu bagi kita bunga ros kaler merah...
Bunga Ros Putih
Maksud Ros Putih adalah...
Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah
cinta sejati dan sesuci ros putih itu...
Nampak bersih sangat sesuai dengan makna di sebaliknya.
Pada awalnya, ros putih digunakan sebagai simbol cinta sejati,
sebagai simbolik yang kemudian akan menjadi ciri khas ros merah...
Ros putih juga dikenali sebagai ros perkahwinan tradisional,
jadi tak heranlah kenapa ros putih dijadikan
lambang kemurnian dari sebuah cinta baru...
Bunga Ros Kuning
Maksud Ros Kuning adalah...
Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia
menandakan perasaan cemburu terhadap kamu
Ros Kuning ni boleh jadi ros yang paling
orang tak suka kalau dapat sebab ianya...
memberi maksud persahabatan aje...
Jadi, kalau tak dapat ros merah,
tapi dapat ros kuning, paham-pahamlah yek...
Tabahkanlah hati tu...
Bunga Ros Merah Jambu
Maksud Ros Merah jambu adalah...
Romantik, Keanggunan, Kelembutan, Kekaguman,
Kemanisan, Kegembiraan, Simpati,
Penghargaan & Terima Kasih
Ros Merah Jambu merupakan ros
favourite kedua selepas ros merah...
Secara umumnya ros merah jambu akan
membawa maksud seperti di atas tetapi
sebenarnya ros merah jambu sebenarnya
terbahagi kepada 2 kategori iaitu
Merah Jambu Muda (Light Pink)
simbolik kepada Kelembutan & Kekaguman ...dan...
Merah Jambu Pekat (Deep Pink)
yang dikaitkan dengan Penghargaaan & Terima Kasih..
Ermmm....Best kan dapat bunga dari seseorang
yang kta sayang kan????
Memang teruja sgt kalo ade org nak bgi
kta bunga ros kan???
Cik Nenek pon sama...
Cik Nenek dapat bunga ros putih 12 kuntum...
daripada sape???
of course la dari Mr Teddy yg tersayang...:)
Nie la bunga ros putih 12 kuntum yg Cik Nenek
terima dari Mr Teddy...
Saje je Cik Nenek cita pasal bunga ros mlm ni...
Pasal Cik Nenek dpt bunga ros la....
Teruja sgt2...hehehehehe....
Mesti mlm ni Cik Nenek termimpi2 bunga ni...
Gud Nitezzzzzzzz.....
Adios ----->>> Cik nK
*p/s : Tinggalkan komen anda ok??...TQVM...:)
No comments:
Post a Comment